25 October 2013

Pelancaran Tabung Infaq PAS Sarawak untuk PRK Sungai Limau

20 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PAS Sarawak telah melancarkan Tabung Infaq Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau dan menghantar beberapa orang wakil dari Sarawak untuk membantu jentera pilihanraya PAS Kedah. Dewan Pemuda dan Muslimat PAS kawasan Bintulu telah pun menggerakkan Tabung Infaq Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau,dan serahan sumbangan berjumlah RM2,000 telah disampaikan oleh pimpinan Dewan Pemuda kepada YDP Kawasan Bintulu Mohd Azwani.

PAS Sarawak mengarahkan semua ahli serta penyokong agar terus berdoa dan munajat di setiap kawasan memohon pertolongan Allah agar kemenangan dapat dicapai dengan lebih baik lagi dari sebelumnya. PAS Sarawak yakin PAS Kedah akan dapat mempertahankan DUN Sungai Limau dalam PRK nanti, In Sha Allah

Pada sesiapa yang ingin menyumbang Tabung Infaq PRK DUN Sungai Limau boleh terus bayar melalui nombor akaun bank dibawah ini.

BIMB PAS Sarawak 11013010023984(En Najib 0198815207)
BIMB PAS Miri 11022010035399 (En Dzaidin 012-4657256)
BIMB PAS Bintulu 11031010021654 (En Faiz-0197551332)

Setiap sumbangan boleh maklumkan kepada Bendahari untuk direkodkan. PAS Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang semua, hanya Allah saja yang dapat membalas kebajikan anda semua.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

No comments: