25 October 2013

Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer : Projek RM264.2b dalam Bajet 2014


20 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Najib di awal ucapannya turut menyelar Pakatan yang menimbulkan dakwaan bahawa terdapat 40,000 warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

"Ini tidaklah termasuk 40,000 orang Bangladesh yang didakwa oleh pembangkang, dibawa masuk sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.

"Walhal, hinggalah hari ini, tiada siapapun yang pernah melihat kelibat, apatah lagi bayang mereka itu. Cukup-cukuplah pembohongan, beristighfarlah banyak-banyak," katanya.

Bajet 2014 antara lain menganggarkan ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.
Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.

Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang  9.6 peratus. 

Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

Najib mengumumkan Bajet 2014 akan menyediakan peruntukan sebanyak RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. 

Katanya, daripada jumlah tersebut, 217.7 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 46.5 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

Perbelanjaan mengurus dalam Bajet 2014 peruntuk RM63.6 bilion bagi Emolumen dan 36.6 bilion disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan.

RM114.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah RN1.4 bilion lagi disediakan untuk Pembelian Aset dan baki RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
    
Daripada peruntukan pembangunan yang berjumlah RM46.5 bilion sejumlah RM29 bilion disediakan untuk sektor ekonomi. 

Sebanyak RM10.5 bilion bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. 

RM3.9 bilion bagi pembangunan sektor keselamatan. Selebihnya, RM1.1 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan RM2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.

K'jaan persekutuan unjurkan kutipan hasil sebanyak RM224.1 bilion - tambahan sebanyak RM4 bilion berbanding tahun 2013.

Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun 2014, 
berbanding 4 peratus pada tahun 2013.

Bajet 2014 akan peruntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek:
  • Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. 
  • Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013. 
  • Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014. 
  • Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
  • Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
  • Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer. 
  • Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
  • Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi. 
  • Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak. 
  • Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
  • Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
  • Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
  • Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
Peruntukan untuk projek juga melibatkan menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta. 

Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf. 

Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps. 

Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
    
Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.


Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk. 

Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

Sumber : Malaysiakini/-

No comments: