Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi reaksi awal diatas kekalahan BN dalam PRK Sungai limau dengan mempersoalkan Jumlah penghuni pondok agama yang merupakan orang luar tetapi didaftarkan sebagai pengundi Sungai Limau yang disifatnya menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu. Satu alasan yang lucu dan tidak munasabah.
"Bagi pihak kami antara persoalan timbul ialah bagaimana satu daerah mengundi seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yg begitu ramai di satu tempat. Katanya.
"Sejak dahulu lagi tempat yang sama beri kemenangan kepada PAS," katanya lagi.
Menurut Mukhriz, pihaknya menerima keputusan pilihan raya ini namun persoalan timbul sama ada amalan sedemikian selaras dengan semangat demokrasi untuk penduduk setempat.
PAS menang dengan majoriti 1,084 undi.
Rasanya tidak adil bila Mukhriz mempersoalkan tentang penghuni pondok tersebut yang menyumbang kepada kemenangan PAS namun beliau hendakalah memikirkan bahawa keputusan ini menunjukkan bahawa mereka yang belajar agama dan duduk di pondok adalah mereka yang akan menolak dan tidak mengundi BN.
Kalau beliau mempersoalkan amalan sedemikian adakah selaras dengan semangat demokrasi untuk penduduk setempat, rasanya dia kena persoalkan dulu tentang undi pos yang biasanya menyebelahi calon BN dalam semua daerah mengudi di seluruh negara.
Lebih nyata banyak Parlimen dan DUN yang BN menang dalam PRU yang lepas adalah disumbangkan oleh undi POS.
Adalah tidak adil menyalahkan penghuni pondok agama di daerah Bukit Besar sedangkan mereka adalah pengundi sah yang berdaftar disitu dan sebenarnya tidak perlu dipersoal kerana ia sah dari segi peraturan pilihanraya.
1 ulasan:
Idea baik. Kawasan yang PAS ada potensi perlu banyakkan pondok pengajian dan tingkatkan bilangan penghuninya.
Bapak borek anak rintek cakap ikut sedap mulut. MB sedih + geram sebab dah banyak duit dilabur tetapi lengkop. Ini yang menambah malunya di mata rakyat 1 Malaysia 2 x kecundang.
Yang kita heran apa punya bodoh 10,000 ++ rakyat yang undi BN dalam keadaan harga minyak naik, gula naik nak kena GST.
Catat Ulasan