04 November 2013

Pemuda PAS Perak dapat ketua baru


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-
IPOH: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dipilih Ketua Pemuda PAS Perak sesi 2013-2015 dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak kali ke-30 di sebuah hotel di sini, semalam.

Timbalan ketua diamanahkan kepada Ustaz Akmal Kamaruddin sementara Ustaz Khairie Jamaluddin kekal sebagai naib.


Ahli jawatankuasa pula terdiri daripada Ustaz Hafez Sabri (186 undi), Mohd Aidil Aziz (130), Ustaz Abdullah Adam (126), Ustaz Ismi Mat Taib (125), Ustaz Mohd Faizal Phuait (123), Ustaz Akmal Abdullah Sani (110), Ustaz Fakhrurazi Mokhtar (110), Ustaz Fairuz Hafiz (106), Ustaz Hakim Mohd Nor (104), dan Ustaz Anuar Murad (101).


Pengerusi Tetap, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dan timbalannya, Khalilul Rahman Abdul Samad masing-masing mempertahankan jawatan tersebut setelah tiada pertandingan berlaku.

Dr Raja Ahmad Iskandar ketika ditemui berkata, amanah yang diberikan kepadanya itu akan dipikul sebaik mungkin.


"Satu tugas yang berat namun ianya tanggungjawab yang perlu dipikul. Doakan saya agar dapat memimpin DPPN dengan baik dan penuh amanah," katanya kepada Harakahdaily. 


Dengan semangat kerjasama bersama saf kepimpinan baru, beliau yakin Pemuda PAS Perak akan menjadi satu gerakan mantap serta kukuh dalam memimpin anak muda. 

Jelasnya, Pemuda PAS perlu memfokuskan strategi untuk menarik sokongan anak muda disamping memantapkan tarbiyah para ahli.


"Pemuda PAS yang kini dianggap 'kekasih baru' dalam kalangan masyarakat, kita perlu cari satu keunikan ataupun kaedah yang dapat meyakinkan mereka khususnya kelompok generasi Y untuk bersama PAS. 

"Hatta, bukan hanya menyokong, tetapi bersama-sama menggerakkan jemaah ini," tegasnya lagi.

No comments: