04 November 2013

SPR Umum PAS Menang PRK Sungai Limau

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


YB. Ust. Mohd Azam Samat berada dipentas semasa diumumkan sebagai pemenang PRK Sg Limau.

Calon PAS, Ust. Mohd Azam Samat  dengan rasmi di istiharkan SPR sebagai pemenang PRK Sungai Limau di pusat penjumlahan umdi di SMK Agama Yan di mana calon PAS itu berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan mendapat majoriti sebanyak  1084 undi.

Ust. Mohd Azam Samat mendapat 12,069 dan Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10, 985 undi .

Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.


Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan .
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 sebentar tadi
Kejayaan Ust. Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.
Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak pengusaan penyandang sebelum ini , Almarhum Ust. Azizan yang menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.

No comments: