04 November 2013

Suspek Rompak Kedai Emas Ditahan Reman Sehingga 10 November


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan Filipina, yang didakwa merompak sebuah kedai barang kemas tempat dia bekerja di Setapak, minggu lalu akan ditahan reman oleh polis sehingga 10 November untuk membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mengesahkan perkara ini sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.

Suspek berusia 27 tahun itu dan rakannya sedang menunggu untuk menaiki kapal terbang ke Sabah di LCCT pada pagi Ahad, apabila mereka ditahan oleh polis.
Mereka didapati mempunyai MyKad palsu.
Suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Pandan Jaya di mana sepucuk revolver Smith & Wesson .38, lima peluru dan beberapa barang kemas yang dicuri ditemui.
Sementara itu , beliau berkata polis turut memburu teman wanita suspek yang dipercayai menyimpan sejumlah besar barang kemas yang dicuri.
"Kami percaya dia juga warga Filipina dan masih berada di sini," katanya, Isnin.
Suspek yang menyamar sebagai Hikman Yakub dari Sabah, mengugut rakan-rakannya di kedai barang kemas dengan pistol dan berjalan keluar dengan dulang rantai emas di KL Festival City Mall pada 31 Oktober lalu.
mStar/-

Tiada ulasan: