04 November 2013

Presiden PAS ucap tahniah dan terima kasih.


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Tuan Guru Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada pengundi di DUN Sungai Limau yang memberikan kepercayaan kepada calon PAS dalam Pilihanraya Kecil pada hari ini 4 Nov 2013. 

Katanya PAS akan memastikan amanah yang diberikan kepada wakil rakyat baru DUN Sungai Limau ini dilaksanakan dengan sebaiknya. 

Beliau juga mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga juga kepada petugas dari PAS dan rakan Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelusuk tanahair untuk membantu kemenangan calon PAS. 

"Sesungguhnya sumbangan tenaga dan dalam apa jua bentuk bantuan sepanjang tempuh PRK itu adalah sangat dihargai. Semoga Allah SWT lah yang membalas segala pertolongan tuan puan semua" katanya dalam kenyataan ringkas sebentar tadi.

No comments: