04 November 2013

85.5 Peratus Keluar Mengundi


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

AN: Seramai 23,249 daripada 27,222 pengundi berdaftar selesai melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang Isnin.
Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah sebanyak 85.5 peratus.

Jumlah berkenaan berkurangan daripada sasaran SPR yang menjangkakan peratus keluar mengundi adalah sebanyak 90 peratus.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, sejumlah 24,406 orang atau 89.3 peratus pemilih keluar mengundi di DUN Sungai Limau.
PRK DUN Sungai Limau ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.
BN mempertaruhkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim manakala PAS diwakil Mohd Azam Abdul Samat.
SPR menjangkakan keputusan pilihan raya kecil ini dapat diketahui selewat-lewatnya pukul10 malam Isnin.
mStar/-

No comments: