04 November 2013

Keputusan Tidak Rasmi: PAS Menang PRK Sungai Limau


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Calon PAS PRK Sungai Limau, Ust Azam Abd Samat akan bertolak ke pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

SPR menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam Isnin.
Menurut kiraan tidak rasmi sehingga pukul 8 malam Isnin, PAS memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti 1,201 undi.
Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat diumumkan mendapat 12,043 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan 10,842 undi.

No comments: