04 November 2013

Terima kasih kepada pengundi dan jentera parti - Mohd Azam


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN: Wakil Rakyat bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang baru, YB. Ustaz Mohd Azam Abdul Samat berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan berkesan.
Menurut Mohd Azam, kemenangannya juga merupakan kejayaan kepada rakyat yang mahu PAS kekal mewakili mereka di DUN Sungai Limau.
"Ini merupakan satu kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk memartabatkan hak rakyat.
"InsyaAllah saya akan melaksanakan amanah ini dengan berkesan dan beri kebajikan kepada rakyat di Sungai Limau," katanya kepada pemberita selepas diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau pada Isnin malam.
Menerusi saingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Azam menang ke atas calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.
Mohd Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi memperoleh 10,985 undi.
Mengulas lanjut mengenai kemenangannya, Mohd Azam mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan jentera parti itu yang bekerja keras membantu kemenangannya itu.
"Terima kasih kepada pengundi yang beri kepercayaan kepada saya untuk memimpin mereka.
"Terima kasih juga kepada seluruh jentera yang bekerja kuat sejak dua minggu lalu," katanya.
mStar/-

No comments: