KAHERAH: Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi tiba di mahkamah hari ini untuk menghadapi perbicaraan atas tuduhan terbabit dengan pembunuhan penunjuk perasaan di istana presiden pada Disember tahun lalu.
“Helikopternya sudah mendarat...yang lain hantar dengan kenderaan ke mahkamah ketika perintah berkurung masih berlangsung," kata seorang lagi pegawai keselamatan.
Morsi ditahan di satu lokasi ransian sejak pemerintahannya digulingkan pada 3 Julai lalu.
Tuduhan itu boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap Morsi.
Perbiacaraan itu menjadi tumpuan apabila lebih 20,000 anggota polis dikerah untuk berkawal dengan pihak keselamatan bersiap sedia kemungkinan berlaku keganasan dan huru-hara. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan