NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk empat kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas tembok runtuh di Tamil Nadu di selatan India, semalam.
Menurut laporan media, kemalangan itu berlaku di kawasan Pernampattu di daerah Vellore akibat hujan yang tidak berhenti sejak beberapa hari lalu.
Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin, menyatakan kesedihannya berhubung tragedi itu dan mengumumkan wang ihsan Rp500,000 (RM28,000) kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa.
Beliau juga mengumumkan bantuan kewangan sebanyak Rp50,000 (RM2,800) untuk mereka yang mengalami kecederaan.
Hujan lebat melanda sejak minggu lalu dan Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat akan berterusan di daerah utara Tamil Nadu semalam.
Disebabkan cuaca buruk itu, sekolah masih ditutup di banyak daerah di Tamil Nadu, termasuk ibu kota Chennai dan yang berdekatan.
Sementara itu selatan India, sekurang-kurangnya 30 orang maut atau hilang selepas banjir kilat manakala pasukan penyelamat mengeluarkan berpuluh mayat dari tiga bas yang dihanyutkan banjir di Andhra Pradesh semalam.
Menurut laporan media The NewsMinute, sekurang-kurangnya 18 orang lagi masih dilaporkan hilang.
Penganalisis berkata, cuaca tidak menentu dan melampau di seluruh Asia Selatan yang didorong oleh perubahan iklim, diburukkan lagi oleh masalah saliran, penebangan hutan dan pembangunan yang berlebihan.
Berpuluh orang maut sejak Oktober lalu di India selepas hujan lebat dan banjir serta tanah runtuh berlaku, malah Jabatan Meteorologi negara itu menyatakan lebih banyak hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan selatan pada hari ini.
Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh bulan lalu apabila hujan lebat melanda Kerala dan semalam pihak berkuasa negeri menghentikan kemasukan ke Sabarimala, salah satu kuil paling suci agama Hindu kerana hujan lebat.
Beratus penganut mengunjungi Sabarimala sejak kuil itu dibuka minggu lalu untuk musim ziarah tahunan selama dua bulan.
Paras air Sungai Pamba, yang dianggap, terus meningkat sehingga memaksa pegawai untuk menghentikan kemasukan penganut selama sehari, lapor akhbar Hindustan Times. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan