20 November 2021

PRN Melaka: Tiada insiden tidak diingini setakat tengah hari

 

ALOR GAJAH: Setakat pukul 1 tengah hari ini, tiada insiden tidak diingini dilaporkan berlaku sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung, sejak pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi tadi, kata Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah.


“Pengundi-pengundi setakat ini keluar dengan aman dan tiada aduan daripada pengundi di tempat yang kita lawati,” katanya ketika temu bual secara langsung oleh Bernama TV di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah di sini hari ini.

Ditanya mengenai keadaan trafik sejak pusat mengundi mula dibuka 8 pagi tadi, beliau berkata keadaan setakat ini masih terkawal dan tiada kesesakan teruk.

“Daripada segi kawalan lalu lintas, polis Melaka sediakan anggota yang mencukupi untuk mengawal lalu lintas kerana kita tahu pengundi akan keluar untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada hari ini,” katanya.

Menurut Razali pihaknya juga belum mendapat sebarang laporan jalan sesak teruk dan tidak dikawal dengan baik oleh anggota polis yang bertugas. – BERNAMA

Tiada ulasan: