20 November 2021

PRN Melaka: Peratusan keluar 57 peratus, setakat 3 petang

 

PENGUNDI melaksanakan tanggungjawab pada hari mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Alor Gajah. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan keluar mengundi setakat pukul 3 petang tadi adalah 57 peratus.

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Orang ramai mula keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sejak pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi tadi.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di negeri ini mengalami hujan lebat berserta ribut petir pada petang.

Menerusi ciapan jabatan itu di laman sosial Twitter, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

UTUSAN.

Tiada ulasan: