20 November 2021

KL, Pahang berentap di final

 Pemain Melaka Norshafiqha Ishak cuba menjaringkan gol namun dihalang oleh penjaga gol Kuala Lumpur Siti Zalia Nasir pada perlawanan separuh akhir hoki wanita Piala Tun Abdul Razak 2021 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita Kuala Lumpur dan Pahang mengesahkan slot ke pentas final Piala Razak selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir, hari ini.

Kuala Lumpur mara selepas menewaskan Melaka 1-0 menerusi jaringan padang yang disempurnakan Nur Zafirah Aziz pada minit ke-60 dalam aksi yang berlangsung di Padang 1 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, Pahang yang juga juara bertahan pula memastikan slot final milik mereka selepas menundukkan Pulau Pinang juga dengan 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir di Padang 2.

Nuriza Sulaiman menjadi wira Pahang apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu menerusi jaringan padang pada minit kesembilan.

Aksi final kategori wanita akan berlangsung pada jam 6 petang esok di Padang 1 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

BHARIAN.

Tiada ulasan: