14 Disember 2021

35 peratus keluar undi awal setakat 10 pagi

 Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) beratur menunggu giliran dan membuat imbasan suhu badan sebelum proses pengundian awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong pada PRN Sarawak ke-12 di Dewan Serbaguna Batalion 10 PGA Jalan Upper Lanang hari ini. - Foto BERNAMA

KUCHING: Sejumlah 35 peratus daripada 23,043 pengundi awal dalam kalangan anggota polis dan tentera serta pasangan sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lebih 80 pusat mengundi awal bagi PRN Sarawak mula dibuka pada jam 7.30 pagi tadi bagi membolehkan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka.

BHARIAN.

Tiada ulasan: