14 Disember 2021

Wildine diiktiraf wanita paling pendek dunia

 

WILDINE Aumoithe dinobatkan sebagai wanita paling pendek di dunia. - CATERS NEWS

MIAMI: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang hanya memiliki ketinggian sekitar 71 sentimeter (cm) dinobatkan sebagai wanita paling pendek di dunia.

Lapor Mirror, Wildine Aumoithe dari Miami, Florida baru-baru ini diberi gelaran Rekod Dunia Guinness itu sebagai wanita non-mobile paling pendek di dunia.

Wanita berusia 18 tahun itu menghidap penyakit kerdil paling jarang berlaku yang dikenali sebagai displasia SADDAN.

Sebelum ini, ibu bapa Wildine dimaklumkan bahawa anak mereka tidak akan hidup dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan akibat komplikasi yang dialaminya.

Namun, Wildine berjaya mengharungi segala cabaran itu dan dan menyambut hari jadi ke-18 pada awal tahun ini. 

“Saya rasa amat gembira dan bangga menerima gelaran Rekod Dunia Guinness. Saya juga merupakan warga Haiti-Amerika pertama yang diberi rekod demikian yang menjadikan saya lebih terkenal,” katanya.

Menurut Wildine, dia menjalani kehidupan biasa seperti orang lain meskipun dengan keadaan fizikal yang terbatas.

Katanya, dia tidak pernah membiarkan kekurangan itu menjadi penghalang untuk melakukan pelbagai perkara.

UTUSAN.

Tiada ulasan: