14 Disember 2021

Arab Saudi lancar inisiatif sentuh Hajar Aswad secara maya

 Simulasi menyentuh Hajar Aswad menggunakan teknologi VR. - FOTO Agensi

Simulasi menyentuh Hajar Aswad menggunakan teknologi VR. - FOTO Agensi

Jeddah: Arab Saudi melancarkan satu inisiatif yang membolehkan bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya.

Inisiatif "Virtual Black Stone" (Hajar Aswad maya) membolehkan batu hitam berkenaan disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya (VR), menurut hantaran di Twitter Haramain.

Inisiatif itu dilancarkan Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais di pejabatnya.

"Insiatif (Virtual Hajar Aswad) itu dilancarkan oleh Agensi Hal Ehwal Pameran dan Muzium, yang diwakilkan oleh Pentadbiran Am Pameran Digital, dengan kerjasama Institusi Penjaga Dua Masjid Suci bagi Kajian Haji dan Umrah di Universiti Umm Al-Qura," katanya.

Al-Sudais berharap inisiatif berkenaan dapat memanfaatkan realiti maya (VR) dan pengalaman digital untuk mewujudkan simulasi keadaan sebenar.

Beliau juga menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya.

HMETRO.

Tiada ulasan: