BUTTERWORTH: Seorang bayi berusia tiga bulan, Nur Iman Haiqal Mashelmi memerlukan sumbangan orang ramai untuk mengumpul dana berjumlah RM85,000 bagi menjalani pembedahan jantung segera.
Nur Iman Haiqal perlu menjalani pembedahan pelengkap pada kadar segera bagi menyelamatkan nyawanya berikutan masalah injap jantung terbalik.
Awal bulan lalu, bayi lelaki itu menjalani pembedahan jantung ‘ballon atrial septostomy’ semasa menerima vaksin, manakala paras oksigen di dalam darahnnya dikatakan hanya 40 peratus.
Bapanya, Mashelmi Abd. Malek, 40, berkata, pembedahan kali kedua diadakan pada 11 November lalu bagi memasukan ‘stent’ atau tiub kecil ke dalam jantung anak bongsunya itu.
“Pembedahan itu hanya pendekatan sementara untuk melanjutkan nyawanya, manakala pemeriksaan lebih lanjut perlu dijalankan untuk menyelesaikan masalah jantungnya.
“Ketika ini dia ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk jagaan rapi dengan bantuan peralatan pernafasan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Mashelmi, dia terpaksa berhenti bekerja sebagai pemandu lori untuk memberi tumpuan kepada anaknya itu berikutan isterinya, Hazarita Arshad, 38, bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.
Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata berusia tiga bulan hingga 10 tahun.
Dalam pada itu, Pengerusi pertubuhan kebajikan, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui hau berkata, pihaknya menerima permohonan bantuan daripada ibu bapa Nur Iman Haiqal yang tidak mempu membiayai kos pembedahan sebanyak RM85,000.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mahu memberi sumbangan boleh menyalurkan terus kepada akaun Public Bank Berhad, One Hope Charity & Welfare di nombor akaun 3193433435 atau menghubungi talian di 016-4192192, 019-2322192 dan 04-5399212. -UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan