Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, tidak ada sebarang laporan kematian dikaitan dengan varian Omicron setakat ini.
WHO berkata, ia sedang mendapatkan lebih banyak bukti mengenai varian itu.
Walaupun banyak negara sudah melaporkan kes jangkitan daripada varian berkenaan, tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Jurucakapnya, Christian Lindmeier berkata, pasukan penyelidik WHO masih berusaha mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan Omicron.
"Ketika ini banyak negara sedang mengesan jangkitan varian ini dan mula menjalankan lebih banyak ujian.
"Kita akan menerima lebih banyak kes serta maklumat selepas ini dan kami berharap ia tidak membawa kepada kematian," katanya.
hmetro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan