03 Disember 2021

Tanah runtuh: Keadaan Toyota Alphard yang remuk, operasi cari mangsa diteruskan

 

KEADAAN Toyota Alphard yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands semalam. - FOTO/IHSAN JBPM

IPOH: Kerja-kerja mencari dan menyelamat kemungkinan terdapat mangsa lain dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini masih diteruskan.

Setakat ini, dua mangsa telah ditemukan dan disahkan maut iaitu pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31.

Seorang lagi mangsa ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, dari Klang, Selangor.

Keadaan kenderaan MPV ityu remuk sama sekali ekoran ditimbus oleh tanah runtuh tersebut.

Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB) di sini.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini hanya dua mangsa itu ditemukan.

Menurutnya, namun operasi mencari diteruskan kerana dikhuatiri jika ada lagi mangsa yang tertimbus.

Operasi diteruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba. 

Sementara itu, JKR negeri akan mengadakan sidang akhbar ďilokasi kejadian pagi ini.  – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: