13 Februari 2014

Kerjaya Adenan Penuh Warna Warni

13 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Adenan bakal menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima, menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan).
KUCHING: Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Adenan Satem, memiliki kerjaya yang penuh warna warni.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai wartawan dengan Sarawak Tribune, yang sudah dibubarkan, dan menjadi guru sekolah sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di University of Adelaide di Australia.
Selepas tamat pengajiannya, Adenan berkhidmat sebagai majistret di Kuching selama tiga tahun bermula pada 1970 sebelum mengambil alih jawatan penasihat undang-undang bagi hal ehwal petroleum di Kementerian Perusahaan Utama dari 1972 hingga 1974.
Kerjaya politik beliau bermula apabila dipilih bertanding kerusi Dewan UndanganNegeri Muara Tuang pada pilihan raya kecil 1979, yang menyaksikannya menewaskanRazali Sabang (PAJAR) dengan majoriti 2,797 undi.

Taib letak jawatan 28 Feb, Adenan KM baru Sarawak

13 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Feb dan akan digantikan oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) Tan Sri Adenan Satem (gambar).
  
Beliau berkata surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.
  
"Apabila saya memaklumkan kepada beliau (Tun Abang Muhammad Salahuddin) mengenai niat saya  (untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri), beliau tiada bantahan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Astana Negeri di sini.

12 Februari 2014

Gangguan air Kuala Langat, K'jaan Negeri pantau operasi

12 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

SHAH ALAM: Penduduk sekitar diminta untuk tidak panik berikutan penemuan pencemaran bahan ammonia melebihi 4 ppm di Loji Air Bukit Tampoi.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri sudah mengarahkan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk menyelenggara operasi pembersihan dengan kadar segera.

Katanya, Syabas juga diminta untuk memaklumkan waktu operasi penghantaran lori-lori tangki air serta tempat berkumpul untuk orang ramai mengambil air.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau operasi penghantaran lori tangki air ke kawasan yang terjejas secara serius bagi mengelakkan orang ramai mengalami kesulitan.

Angin kencang, laut bergelora berterusan sehingga Sabtu

12 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Labuan dan Sarawak diramal berterusan sehingga Sabtu ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak setinggi 3.5 meter adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Angin kencang timur laut kategori pertama yang melanda kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

77 maut, seorang terselamat pesawat tentera Algeria terhempas

12 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

ALGIERS: Sebuah pesawat pengangkut tentera Algeria terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini mengorbankan 77 orang dengan seorang terselamat. 

Pusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum heiekopter dikerah menjalankan operasi mencari. 

Aibnya Najib dakwa Malaysia 'demokrasi terbaik di dunia'

12 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sungguh mengaibkan! Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia mempunyai ‘demokrasi terbaik di dunia’ tergugat apabila kedudukan kita dalam Indeks Kebebasan Media 2014 adalah paling corot dalam sejarah negara, malah lebih rendah daripada Myanmar, kata Lim Kit Siang.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, pada tahun lalu Malaysia telah pun terjerumus ke kedudukan tercorot, iaitu di tangga ke-145 daripada 179 buah negara dalam Indeks Kebebasan Media 2013 – pencapaian terburuk sejak indeks tahunan Reporters Without Borders (RSF) diperkenalkan pada tahun 2002.

Kempen Awal: Anwar tak langgar Akta P'raya - SPR

12 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim turun awal ke Kajang sebelum tempoh kempen bermula, tidak melanggar mana-mana undang-undang pilihan raya.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ini kerana secara teknikalnya Ketua Umum PKR itu belum sah sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Anwar hadir perbicaraan kes rayuan liwat 2

12 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri perbicaraan rayuan kes liwat 2 di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Biro Komunikasi PKR, Anwar juga akan menghadiri perbicaraan yang sama esok.
Semalam, Anwar  gagal dalam rayuan terakhirnya untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwaan terhadap pembebasan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan liwat.

11 Februari 2014

Ahli PAS diseru solat hajat untuk pasangan di Sweden

11 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seluruh ahli dan penyokong PAS diseru agar mengadakan solat hajat untuk memudahkan urusan pasangan warga Malaysia, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya Shalwati Nor Shal yang akan dibicarakan bermula 18 Februari di samping diberikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika menghubungi Harakahdaily memberitahu selain dari solat hajat, PAS juga turut bersedia menyediakan khidmat guaman secara percuma tetapi bergantung kepada persetujuan pasangan tersebut.

16 PROTON dirampas, dua lelaki ditahan

11 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Polis Serdang berjaya menumpaskan 'Gang PROTON' yang dipercayai terbabit dalam kes mencuri kereta PROTON di sekitar Serdang, Puchong dan Petaling Jaya, sejak November tahun lalu. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias, menerusi Ops Lejang, kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan di Puchong, semalam. 

Aziz Bari: Taib tak kebal walau jadi TYT

11 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Menjadi gabenor negeri tidak semestinya menjadikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kebal daripada sebarang pendakwaan, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Abdul Aziz, walaupun sembilan raja Melayu kebal dari sebarang prosiding undang-undang di mahkamah, mereka boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182 Perlembagaan Persekutuan.

'Demo sembelih ayam ancam ketenteraman'

11 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Perhimpunan sekumpulan NGO yang menyembelih ayam dan melumurkan darahnya pada poster beberapa pemimpin politik serta minggu lalu adalah ancaman kepada ketenteraman awam, kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak bertanggungjawab seandainya tiada tindakan diambil ke atas kumpulan terbabit.

Sumpah al-Quran kerana bola

11 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam tadi bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas.
  
Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.
  
Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas.

Pasangan Malaysia di Sweden akhirnya didakwa

11 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pasangan Malaysia didakwa secara berasingan di Mahkamah Daerah Stockholm, Sweden semalam atas pertuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka.
    
Pendakwa Raya Anne Arnelle dalam satu kenyataan berkata, Shalwati Norshal dan suaminya Azizul Raheem Awalludin dituduh mengasari anak-anak mereka dari 15 Sept 2010 hingga 17 Dis 2013, di kediaman mereka di Sweden.
    
Perbicaraan kes pasangan itu ditetapkan bermula pada 18 Feb ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.

Ustaz Mad, tol dan Taib Mahmud

11 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Walaupun tidak ada dalam perancangan asal dan tidak sempat mengatur temu janji, petang Selasa lalu, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Ahmad Yakob balik semula ke pejabatnya di Kota Darulnaim, mencuri waktu untuk menemui kami.

Saya, Ketua Pegawai Operasi Harakah, Mohkhtar Rozaidi dan wartawan Arif Juhani berkunjung ke Kota Bharu, 4 dan 5 Februari, bukan untuk mencari berita eksklusif - apatah lagi untuk menelek situasi politik dalaman PAS yang didakwa sebuah portal berita  sebagai bermasalah - tetapi dalam rangka meneliti peluang untuk meningkatkan lagi rangkaian pengedaran Harakah.