29 Februari 2008

N 08 Titi Serong

Drs.Khalil Idham Lim Abdullah
N.08 Titi Serong


PENDIDIKAN :1.SM Jelawat, Kelantan2.Inst. Machang, Kelantan3.Inst.Agama Islam Negeri [ IAIN ] Acheh4.Dip.Pendidikan UIA5.Kolej Bahasa Jinan Uni. Guangzhou, China

PENGALAMAN PEKERJAAN:1.Guru Agama Kementerian Pendidikan SM Teknik Sibu, Serawak


JAWATAN DALAM PAS :1.Timbalan Yang Dipertua Parit Buntar

Jumlah Pengundi: 24,210Peningkatan jumlah pengundi:
Peratusan Kaum: M: 73.99% C: 18.08% I: 7.90% L: 0.03%
Penyandang: Abu Bakar Mat Ali (BN)(Majoriti: 2,587 undi)

28 Februari 2008

Maaf.....

Saya memohon maaf kerana sudah beberapa hari tidak dapat update blog ini, lantraran kesibukan kempen PR ke 12 yang melibatkan saya sebagai yang menjadi calon di DUN Titi Serong.

Doakan kemenangan dipihak Islam yang kita kasihi.....

25 Februari 2008

Satu Lawan Satu di Parit Buntar.

Sebentar tadi pada sekitar jam 12 tengah hari Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Daerah Kerian, telah mengumumkan tentang pencalonan piliharaya ke 12 pada hari ini.

Setelah kertas pencalonan ditutup pada jam 10 pagi dan masa bantahan selama sejam sehingga jam 11 pagi, SPR telah memaklumkan bahawa semua kertas pencalonan diterima sebagaimana berikut.



1. Parlimen Parit Buntar

1. Dr. Mujahid Yusuf - PAS
2. Datuk Abdul Rahman Suliman - BN

2. DUN Titi Serong

1. Drs. Khalil Idham Lim - PAS
2. Abu Bakar Mat Ali - BN (penyandang)

3. DUN Kuala Kurau

1. Mohd Salleh Mat Desa - BN (penyandang)
2. Md. Yunus Jamhari - PKR

24 Februari 2008

Najib Seru Pangkah Pembangkang ?

Najib meminta rakyat menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka dengan membuat pemilihan terbaik dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Dia berkata, pemilihan pada 8 Mac ini bukan satu pilihan raya kecil, sebaliknya bagi membentuk kerajaan di peringkat nasional dan negeri.




Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak membuat sebarang eksperimen tetapi perlu melakukan perhitungan yang terbaik sebelum tangan mereka memangkah calon yang difikirkan sesuai."Bila hendak pangkah nanti, bisik dengan diri kita, siapa yang sepatutnya akan menubuhkan kerajaan peringkat nasional dan negeri."Bila hendak pilih nanti, pilih berdasarkan sesuatu perhitungan dan perkiraan kerana kuasa undi boleh beri rahmat pada kita untuk buat pilihan yang tepat," ujarnya.

Tepat sungguh seruan Najib di atas. tibalah ,masanya kuasa rakyat yang ada di berikan kepada BA. Seluruh rakyat Malaysia tidak sabar lagi untuk memenangkan calon-caslon BA dalam PR ke 12 ini.

Siapa Ciplak Siapa ?

Setelah berada dalam keadaan sangat terdesak, BN menggunakan pelbagai pihak untuk mengeluarkan kenyataan untuk menafikan tawaran negara berkebajikan oleh PAS .


Kononnya janji Pas menubuhkan negara kebajikan tidak relevan kerana parti itu hanya menciplak program-program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib rakyat.Presiden Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM), Norizan Sharif berkata, BN lebih awal meningkatkan kebajikan rakyat melalui bantuan dan subsidi berbilion- bilion ringgit.

Sebetulnya siapakah yang akan percaya dengan kenyataan ini melainkan orang-orang yang tidak cerdik dan kurang akal dikalangan pengikut UMNO dan BN.


Pergolakan Di Perlis.

Pengumuman senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Perlis bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 yang sepatutnya dibuat lewat malam ini terpaksa ditangguhkan lagi .Menteri Besar, Shahidan Kassim berkata, ini kerana beliau kesuntukan masa untuk mengumumkannya hari ini disebabkan terdapat sedikit masalah teknikal'. sehingga pagi esok(sabtu).



Demikianlah halnya berlaku di negeri Indera Kayangan ini. Setelah negeri lain yang lebih besar telah dapat menyelesaikan soal calon nampaknya Perlis dah masuk hari ke tiga masih tidak dapat diumumkan senarainya.

Secara zahirnya atau tersuratnya memanglah ada masalah dinegeri ini. Masakan tidak ada masalah untuk hanya umumkan siapa bertanding di 3 parlimen dan tidak sampai 20 DUN. Sebagaimana Shidan bermasalah dengan rakyat dan pemimpim UMNO yang lain, memanglah nak umumkan calonpun timbul macam-macam masalah.

22 Februari 2008

Pas Perak umum senarai calon pilihan raya

IPOH 21 Feb. – Pas Perak hari ini mengumumkan senarai calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ini.Pengarah Pilihan Raya Pas negeri, Ahmad Awang yang juga Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan nama-nama calon itu pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS negeri di sini.

PARLIMEN

P.054 Gerik - Mohd Noor Abdul Rahman
P.055 Lenggong - Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria
P.056 Larut - Dr. Mohd Dhari Othman
P.057 Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof
P.059 Bukit Gantang - Roslan Shaharum
P.067 Kuala Kangsar - Dr. Khairudin Abdul Malik
P.069 Parit - Dr. Najihatussalehah Ahmad

DEWAN UNDANGAN NEGERI

N.03 Kenering - Mohd. Shukri Ahmad
N.05 Selama - Abu Husin Mohamad
N.06 Kubu Gajah - Mohd Nazri Din
N.08 Titi Serong - Dr. Khalil Idham Lim Abdullah
N.11 Gunung Semanggol - Ramli Tusin
N.12 Selinsing - Husin Din
N.15 Trong - Nor Azli Musa
N.16 Kamunting - Muhamad Apardi Sharri
N.19 Chenderoh - Mohammad Yassin Mohamed Yusof
N.20 Lubok Merbau - Mohd. Zainudin Mohd. Yusof
N.23 Manjoi - Zulkurnaini Ibrahim
N.35 Manong - Mohamad Yazid Yeop Baharuddin
N.36 Pengkalan Baru - Abu Bakar Hussain
N.38 Belanja - Muhammad Ismi Mat Talib
N.43 Sungai Rapat - Radzi Zainon
N.47 Ayer Kuning - Dr. Ahmad Razi Othman
N.49 Kampung Gajah - Mustafa Shaari
N.51 Pasir Panjang - Mohammad Nizar Jamaluddin
N.53 Rungkup - Mohd. Misbahul Munir Masduki
N.56 Changkat Jong - Mohd. Anuar Sudin
N.58 Slim - Zulqarnain Hassan

21 Februari 2008

Kenapa Negara Kebajikan PAS di Pertikaikan ?

Sejak PAS mendedahkan Mernifesto nya kali ini iaitu Negara Berkebajikan, ianya menjadi suaut berita hangat dan diperkatakan hampir semua pimpinan UMNO. Rata-rata memutar belit dan memperlikehkan tawaran yang terbaik itu.
Terkini Utusan memutar belit kenyataan Naib Presiden Pas yang kononnya mengakui PAS tidak mampu merealisasikan kewujudan negara kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.Husam berkata, Pas sedar mereka tidak mampu membentuk kerajaan dengan hanya 60 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

“(Negara kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan, kita tidak berhasrat memerintah negara, Pas hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,” katanya kepada pemberita bagi menjawab pertanyaan berhubung kesungguhan Pas mewujudkan negara kebajikan memandangkan parti itu hanya bertanding 60 kerusi Parlimen yang jauh daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun menang di semua kerusi yang ditandingi.
Inilah bukti ketakutan yang amat sangat kepada suaut tawaran yang telah dilihat oleh rakyat sebagai suatu yang masuk akal dan kebanyakannya telah direalisasikan di Kelantan.

PAS siap untuk rampas kembali .

Bahang Pilihanraya Umum ke 12 kini pada peringkat sampai ke tulang hitam kerana tarikhnya telahpun diketahui iaitu pada 8 Mac akan datang. Sementara itu hari penamaan calon ialah pada 24 Februari terdekat.


Menurut sumber yang diperolihi Parti Islam Semalaysia(PAS) di kawasan ini telah lama menggerakakan jenteranya untuk menghadapi hari bersejarah yang diadakan paling lewat 5 tahun sekali. Gerak kerja yang lebih teratur dan kerjasama yang mantap antara para petugas disemua Unit Peti Undi (UPU) menyakinkan lagi harapan tersebut.

Selain itu faktor yang tidak boleh diambil ringan ialah faktor siapakah calon dari parti PAS dan siapa pula calon dari BN. Semuanya akan terjawab dalam waktu terdekat. Kita yakin semua pihak akan mengumumkannya dalam waktu terdekat.

PAS telah mengesahkan untuk bertanding di Parlimen Parit Buntar dan di DUN Titi Serong. Kedua-dua kerusi ini telah dimenangi oleh calon dari PAS pada PR ke 10 tahun 1999 iaitu, Datuk Dr. Hassan Ali dan Sdr. Azhar Shahrin. namun begitu mereka gagal untuk mempertahankannya pada PR ke 11 pada tahun 2004. Begitu juga cubaan PAS mempertaruhkan calon barunya pada masa itu, Drs. Khalil Idham Lim untuk bertanding di DUN Kuala Kurau pada tahun yang sama juga dikalahkan oleh calon dari BN.

BN yakin tiada masalah pertahan kerusi di Parit Buntar ?

PARIT BUNTAR 20 Feb. - Barisan Nasional (BN) menerusi komponennya, UMNO dijangka tidak menghadapi masalah untuk berhadapan dengan parti pembangkang Pas dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.
Ini kerana masalah utama sebahagian besar penduduk seperti kemiskinan, taraf hidup dan setinggan sememangnya diberi perhatian khusus oleh kerajaan untuk mengatasinya sejak BN menawan semula kerusi Parlimen pada 2004.


Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Abdul Rahman Suliman berkata, BN sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ kerana masalah utama yang dihadapi sebahagian besar penduduk yang bersawah dan menjadi nelayan sudah diatasi oleh kerajaan.

"Isu di kawasan ini tidak banyak. Buat masa ini hanya isu nasional yang dibawa masuk oleh parti pembangkang nampaknya yang perlu ditangani oleh jentera pilihan raya BN.''Pengundi kita yakin telah dapat melihat rekod wakil BN memberi khidmat dan membawa pembangunan kepada mereka dan akan memberi sokongan kepada BN," katanya.

Beliau yang disebut-sebut akan bertanding semula pada kali ini berkata, tinjauan jentera BN mendapati penduduk berpuas hati dengan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan.

Pada 1999, Datuk Dr. Hassan Ali menang bagi kerusi Parlimen dengan kelebihan 2,094 undi menewaskan Abdul Rahman yang mendapat 13,837 undi."Bagaimanapun saya telah menasihati jentera BN supaya jangan terlalu yakin, adalah penting untuk bekerja keras walaupun pembangkang dianggap lemah," katanya.

Pengaruh Parlimen Parit Buntar yang mempunyai dua kerusi DUN iaitu Titi Serong dan Kuala Kurau sememang mempunyai pengaruh kuat Pas yang telah bertanding sejak dulu lagi.

Parit Buntar yang dikenal pasti antara empat kerusi Parlimen milik BN yang dianggap 'kelabu' pada pilihan raya umum kali ini mempunyai 45,065 pengundi dengan Melayu sebanyak 30,077, Cina pula 12,790 pengundi, India seramai 2,155 serta lain- lain 43 pengundi.

Kekalahan BN pada pilihan raya umum 1999 yang didorong oleh isu pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi kesan besar kepada penerimaan Pas di kalangan penduduk Parit Buntar.

Ia menyaksikan calon BN, Abdul Latif Mat Ali tumpas kepada calon Pas, Ahmad Azhar Sharin dengan kelebihan undi sebanyak 4,893 undi.

Senario di Kuala Kurau pula mempamerkan Ahmad Shariffuddin A. Aziz, calon BN menewaskan Asman Ismail (Pas) dan Zainuddin Abdul Rashid (Keadilan) dengan majoriti 3,991 undi.

Bagaimanapun, pertembungan 'buku dengan ruas' pada pilihan raya umum 2004 antara Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dan Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hassan Ali yang menyaksikan BN merampas semula kerusi itu dengan kelebihan 4,698 undi berbanding Dr. Hassan yang hanya meraih 14,619 undi bagaimanapun tidak menjanjikan impian BN begitu indah bagi pilihan raya umum kali ini.

Bagi kerusi DUN Titi Serong pada 2004, calon Pas Ahmad Azhar Sharin tewas kepada BN yang diwakili Abu Bakar Mat Ali dengan majoriti undi 2,587 manakala DUN Kuala Kurau dimenangi BN yang meletakkan Mohd Salleh Mat Isa yang menumpaskan Dr. Khalil Idham Lim Abdullah (Pas) dan Tan Ah An (DAP) dengan majoriti undi 2,479.

Kemenangan BN itu menjadi tamparan hebat kepada Pas yang mendakwa parlimen itu kubu kuat mereka ditambah pula selepas BN meletakkan kawasan itu sebagai 'kelabu' namun, azam serta usaha BN untuk mempertahankan kemenangan itu adalah semakin jelas dalam pilihan raya umum nanti.

Abdul Rahman berkata, harapan pembangkang untuk memberi saingan semakin sukar apabila UMNO baru-baru ini berjaya menembusi dua kampung yang selama ini menjadi kubu kuat Pas iaitu Kampung Parit Abas Tengah dan Kampung Batu 6, Tanjung Piandang.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, kerusi Parit Buntar mempunyai peratusan pengundi Cina dan India yang agak besar dan kemenangan calon BN banyak dibantu oleh sokongan mereka.''Bagaimanapun isu nasional seperti kumpulan pelampau Hindraf telah menghangatkan suasana dan boleh menggugat BN jika pembangkang dapat mempengaruhi dua kelompok pengundi itu,'' katanya.

Pemilihan Abdul Hamid sebagai calon BN pada 2004 disifatkan strategi terbaik BN apabila beliau menjadi giant killer yang turut memberi impak kepada kedua-dua kerusi DUN.
- Bernama

Tajol Rosli pertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu pada Pilihan Raya Umum Ke-12.``Saya kekal bertanding di kawasan ini,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Dewan Bandaran di sini hari ini.

20 Februari 2008

Plat kereta nombor 1 dijual AS$14.2 Juta

Seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu memecahkan rekod dunia apabila berjaya membuat bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kereta '1', semalam. "Harganya berpatutan dan siapa yang tidak mahu menjadi nombor satu?" kata Saeed Abdel Ghaffar Khouri selepas membida setinggi 52.2 juta dirham (AS$14.2 juta) untuk nombor pendaftaran '1'.





Seorang rakyat Emiriyah Arab Bersatu pada Mei lalu membelanjakan lebih AS$5 juta (RM16.1 juta) untuk mendapatkan nombor pendaftaran '5'. Sebahagian keuntungan daripada hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada badan kebajikan termasuk membina sebuah hospital.

Siap Dulu Yang Buat Kacau?

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana- mana kumpulan ekstremis atau individu yang cuba menggugat dan menggagalkan kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-12, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.





Menurutnya, kerajaan telah mengisytiharkan Pilihan Raya Umum Ke-12 akan diadakan pada 8 Mac ini, bermakna rakyat berhak keluar mengundi untuk memilih kerajaan akan datang.Jadi, gunakan hak itu dan tidak perlulah kumpulan ekstrem ini membuat demonstrasi atau menimbulkan ketegangan kerana masa pilihan raya nanti, rakyat mempunyai hak memilih wakil dan calon mereka.

Musa berkata, pihak-pihak yang terlibat dengan pilihan raya dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang serta peraturan supaya tidak timbul sebarang kekacauan atau gangguan sepanjang proses tersebut.‘‘Selepas penamaan calon nanti, ada masa untuk mereka ini menjalankan kempen dan kita akan beri permit kerana itu proses pilihan raya.‘‘Polis akan beri hak tersebut. Jadi tidak perlulah buat kacau dan saya yakin jika semua terlibat mengikut segala peraturan pilihan raya dapat dijalankan dengan lancar,” jelasnya.

Kita sangat berharap kepada semua pihak untuk beradu tenaga secara "jantan" dalam PR ke 12 nanti. Jangan melakukan sesuatu diluar batas undang-undang dan agama yang kita anuti.

Bagi kami dari parti pembangkang, khususnya PAS kita sangat yakin dengan seluruh ahli dan penyokong yang akan melakukan didalam skop undang-undang yang dibenarkan. Apalagi kami ditarbiyah untuk melaksanakan perintah Allah SWT dengan sebaik mungkin.

Persoalannya siapakan dulu yang memulakan dan siapa dulu yang menimbulkan provokasi ? Kita mohon pihak yang berwajib berlaku adil dengan setiap laporan yang diberikan.

Misalnya dalam beberapa hari ini dah berpuluh bendera PAS yang di rosakkan oleh "lembaga hitam" yang telah kami laporkan di Parit Buntar kepada Polis. Semuga semua petugas PAS bertenang dan tatap melalui proses undang-undang yang sedia ada.

19 Februari 2008

Pasaran saham ditutup rendah pada dagangan pagi ini, ekoran kurangnya minat pelabur untuk membeli berikutan kejatuhan pasaran Saham Amerika Jumaat lepas.Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) jatuh 11.56 mata kepada 1,415.63 pada penutup dagangan tengah hari ini.


Sedangkan kelmarin Pak Lah berkata, ekonomi Malaysia berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan baik hasil perancangan terperinci kerajaan.yang juga Menteri Kewangan berkata, mengikut laporan itu, pencapaian ekonomi Malaysia semakin meningkat dan berada di kedudukan keenam di belakang kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat (AS), China, United Kingdom, Jerman dan India.

Hebat, mengkagumkan dan macam-macam lagi pujian kalau hendak lihat kepada kenyataan Pak Lah diatas. Bagi kita inilah lagi siri pembohongan kepada rakyat Malaysia tentang kedudukan ekonomi negara kita.

Saya berpandangan kejatuhan saham ini berlaku setelah pembubaran parlimen adalah ekoran kebimbangan pelabur dengan apakah dasar ekonomi negara sekiranya BN kembali diberikan mandat. Pelbagai penyelewengan sepanjang Pak Lah menjadi PM menjadi pengajaran dan landasan kepada pergerakan ekonomi negara untuk lima tahun akan datang.

Kemungkinan-kemungkinan yang tidak dapat dijawab oleh suatu tawaran yang menyakinkan pelabur akan mengakibatkan harga saham semakin menurun. Kita tunggu dan lihat.

Ucapan dari Lidah yang Tak Bertulang....

Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau bukan Perdana Menteri untuk orang Melayu sahaja sebaliknya untuk semua rakyat Malaysia.Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mengingatkan dirinya bahawa adalah menjadi tanggungjawabnya untuk berlaku adil kepada semua kaum di negara ini.“Saya tidak pernah melupakannya, sebagai Muslim kita percaya selepas meninggal dunia kita akan bertemu dengan Allah dan akan ditanya apa yang dilakukan ketika hidup, ketika bekerja dan bagi diri saya ketika menjadi Perdana Menteri.“Saya tidak boleh menipu kerana Allah mengetahui segala-galanya. Dalam al-Quran ada sebut bahawa kamu perlu jujur, berintegriti dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri dengan masyarakat Cina kelmarin.

Rasanya ucapan ini adalah sejauh langit dengan bumi dari segi pelaksanaannya. Jangan dalam keadaan tersepit hendak menerima sokongan dari kaum lain, Pak Lah bercakap dengan berlapikkan Islam. Jangan sampai orang kalaupun tak tergelak akan senyum sampai ketelinga dengan kata-kata manis diatas.

Seingat saya yang paling senang dan selesa hidup sepanjang dia ditampuk kekuasaan ialah anak menantu dan kroni-kroni terdekat. Rakyat segala lapisan tidak mengira agama dan bangsa dalam keadaan tersepit dan tertekan dengan berbagai masaalah negara yang besar-besar dan kecil-kecil. Antaranya krisis kenaikan harga barang yang" mengila".Puncanya dizaman Pak Lah harga minyak naik secara kadar yang melampau dan berkali-kali. di zamannyalah keadaaan keselamatan negara sangat tidak selamat. Anak-anak kecil yang diculik sekadar menyebut khilangan Nurin dan Sharline adalah menmbuktikan segalanya.

Apakah "bala" yang akan mendatang sekiranya rakyat masih memberi peluang kepada BN memerintah, cukuplah ya Allah Engkau datangkan pemimpin yang tidak ambil Cakno dengan kebajikan rakyat dan pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin.

Kelantan Sihat.

Menteri Besar Kelantan mengatakan Kelantan tidak ‘sakit’ dan tidak memerlukan ‘rawatan’, Mursyidul Am Pas itu ketika mempertahankan corak pemerintahan parti pembangkang itu di Kelantan berkata, Kelantan membangun mengikut acuan sendiri.Malah, menurut beliau, orang Melayu dan Cina di Kelantan hidup bagai adik-beradik dan menunjukkan kemesraan hidup bersama kerajaan yang berasaskan Islam.



Kenyataan ini sebagai menjawab tohmahan yang tidak berasas dari Najib yang melawat Kelantan babarapa hari lepas. Kita melihat bahawa Najib sepatutnya merenung diri sendiri yang sebenarnya memerlukan "rawatan".

Selain itu semua negeri yang diperintah BN sebenarnya dalam keadaan "sakit" tenat. Buat apa menyibuk mengenai Kelantan yang lebih sihat. Sihatnya Kelantan dapat dilihat dengan keupayaan negeri itu membayar hutang lapok BN sejak tahun 1990 secara berjadual. Malah tiada lagi hutang baru.

Dasar jimat cermat dan pembenterasan rasuah menyebabkan banyak harta rakyat terselamat malah kembali kepada rakyat walaupoun kita dipinggirkan dan ditidakkan dalam banyak segi. Contohnya hasil minyak dan gas yang disedut di Kelantan telah didaratkan di Thailand.

Suatu hal yang sangat menarik dalam pemerintahan Kerajaan Kelantan ialah penekanan soal kerohanian yang menghasikan rakyat yang bertakwa dan berakhlak mulia. Kesannya terasa bila pusat-pusat ibadah dipenuhi oleh masyarakat berbagai umur dan kedudukan. Sembahyang subuh di Kelantan dah jadi macam sembahyang Jumaat.

18 Februari 2008

Bohong lagi.......

Masalah yuran sekolah menjadi suatu yang sangat hangat diperkatakan sejak awal tahun 2008. Persoalan mengenai pemansuhan bayaran yuran telah diketahui UMUm hanyalah RM 4.50 untiuk sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menangah.


Pak Lah macam tak sedar diri menjadikan ini isu kempennya semasa berucap di Yan Kedah kelmarin katanya usaha kerajaan untuk membantu rakyat adalah sebagai mengeratkan lagi ‘kasih sayang’ kerajaan kepada rakyat.

Katanya, kasih sayang kerajaan dibuktikan dengan bantuan-bantuan seperti memansuhkan yuran sekolah, pemberian pinjaman buku teks, bantuan pakaian seragam sekolah, makanan dan menyediakan kemudahan sekolah.‘‘Kita buat untuk kepentingan rakyat dan kita perlu tingkatkan usaha membantu rakyat, kita kurangkan tanggungan perbelanjaan rakyat dan kita kawal kenaikan harga barang,’’ katanya.

Adakah pemansuhan RM 4.5 dan RM 9 ini telah mengurangkkan beban rakyat, sedaang kita terpaksa membayar ratusan ringgit wang tambahan lain semasa mendaftar anak diawal tahun tadi. Berambah bohonglah Pak Lah dan berambahlah koleksi pembohongannya.

Bila PAS Menang Malaysia Huru-hara?

Kelmarin saya sempat singgah untuk beli air disebuh kedai dalam Kawasan DUN Titi Serong. Tuan punya kedai kebetulan salah satu anak murid pengajian bulanan di kawasan tersebut. Sambil beli barang berceritalah dia mengenai teruknya pemikiran orang Melayu.


Katanya dia ada jumpa dengan seorang penyokong kuat BN di kampungnya tersebut. Orang BN bertanya kepadanya mengenai peluang PAS akan menang dalam PR kali ini, dia jawab InsyaAllah. Lalu dengan spontan yang BN tu jawab nanti kalau menang PAS negara akan jadi huru-hara.

Terkejut mendengar dakwaaan negara jadi huru hara kalau PAS menang, lalu dia kata sebetulnya yang buat huru-hara adalah orang BN kerana orang BN tidak boleh menerima hakikat kekalahannya pada masa itu.

Memanglah PAS sejak sebelum merdeka menyertai pilihanraya namun kita sentiasa kalah dan menerimanya dengan berlapang dada. Itulah hakikat menyertai pilihanraya dalam sisitem demokrasi yang ada. Walaupun ada tidak kepuasan hati namun kita tidak pernah mengadakan rusuhan dan menwujudkan apa yang dikatakan huru-hara.

Inilah gaya pemikiran orang melayu dikampung yang diajar dan diasak oleh pemikiran dan fahaman salah oleh pemimpin mereka yang sangat takut hilang kedudukan dan pangkat. Siapapun tentu tidak percaya huru hara berlaku bila PAS menang. Adakah apa yang berlaku di Trengganu dan Kelantan yang sedang kita perintah hingga sekarang. semuanya aman tanpa sedikitpun huru hara.

17 Februari 2008

Kaki Bohong resmi persidangan Ulama

Dalam minggu ini sahaja, Pak Lah melakukan perkara yang pelik-pelik.. Ketika rakyat semua bangsa dan agama masih hangat memperkatakan sikapnya yang berbohong sehari sebelum pembubaran parlimen. Kelmarin beliau meresmikan Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 (Multaqa).





Saya yakin ini adalah program untuk memperkuatkan hujjah Malaysia adalah negara Islam dan akan menarik sokongan lebih ramai pengundi Islam. Maka terpampanglah gambar-gambar seperti diatas dengan tujuan untuk menarik lebih ramai sokongan. Kita yakin program ii telah dirancang dengan begitu teliti sehingga bersesuaian dengan keadaan parlimen sudah dibubarkan.

Selama empat hari, Kuala Lumpur menjadi tempat berhimpunnya para ulama dan lulusan Universiti Al-Azhar dari seluruh dunia Bertemakan Islam Hadhari: Warisan dan Cabaran Semasa, Multaqa ini adalah yang pertama kali diadakan di luar Mesir, sekali gus merupakan pengiktirafan kejayaan Malaysia sebagai negara Islam contoh. Persoalannya alumni al Azhar yang jenis macam mana yang dijemput. Mungkin jenis Nakahie dan Astora Jabat?

Demikianlah siri pembohongan kepada seluruh umat Islam diseluruh dunia yang kononnya Malaysia adalah negara Islam Contoh. Yang di sana realitinya jauh langit dengan bumi. Arak dan judi yang diharamkan oleh Islam adalah komponen dalam negara kita yang 100% menafikan kenyataan tersebut. apa lagi dianya dibenarkan dan dilesenkan berarti menghalalkan yang diharamkan. Ini menyimpang jauh dengan ajaran islam.

Perwakilan negara luar mungkin berjaya ditipu oleh Pak Lah, namun penduduk Malaysia yang beriman dan beramal, hatta kepada kaun Tionghua dan India yang sudah sedar, mereka juga tahu Malaysia adalah negara sekular bukannya negara Islam. Ini tipu namanya.

Satelit "Chang'e 1" Akan Berhadapan Gangguan Gerhana bulan


Satelit penyelidikan bulan pertama China "Chang'e 1" dilancarkan pada 24 Oktober tahun lalu,akan berhadapan dengan gangguan oleh gerhana bulan buat pertama kali pada 21 Februari nanti.

Gerhana bulan itu akan berlangsung tiga hingga empat jam pada 21 Februari nanti. Dalam tempoh tersebut, seluruh bulan dan satelit "Chang'e 1" akan dilitupi oleh bumi daripada mendapat cahaya matahari. Disebabkan pendorong utama satelit itu adalah dari tenaga solar, maka, dalam tempoh gerhana bulan itu, sesetengah kemudahan satelit "Chang'e 1" akan tertutup sementara. (petikan beritan Xin-Hua Press)

16 Februari 2008

Najib: Jangan Cakap Besar

Lawatan Najib ke Kelantan kali ini setelah Parlimen dan DUN telah dibubarkan pada 13 Feb yang lepas. Ucapan nya juga jauh berbeza dan nampakkan beliau makin tidak sedar diri dengan apa yang keluar dari mulutnya sendiri. bak kat perpatah "lidah tidak bertulang" demikianlah Najib yang bercakap seolah-olah dirinya "maksum".




Dengan angkuh dan sombong dan dalam keadaan tidak sedar diri Najib dipetik berkata "Jika PAS sebelum ini mengisytiharkan 2008 sebagai Tahun Melawat Kelantan, Barisan Nasional (BN) pula mahu menjadikannya sebagai “Tahun Merawat Kelantan” bagi menyembuhkan keadaan ekonomi dan sosial rakyat Kelantan secara total"

Najib juga berkata, usaha merawat Kelantan penting bagi membolehkan rakyat negeri ini menjalani perubahan secara besar-besaran ke arah menjadikannya sebuah negeri yang maju setanding dengan negeri-negeri lain yang diperintah BN.

Oleh itu adalah penting juga bagi rakyat Kelantan kembali menyokong BN dan bersama-sama menjalani perubahan secara total ini, katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Aduhai "Najib Baginda altantuya" cerminlah diri sendiri dan tengok di mana anda bercakap sekarang. Jangan sampai burung berak atas kepala baru tahu. Banyak persoalan anda sejak dulu sampai sekarang tidak dijawab secara baik dan jelas. Yang pasti jawapannya ada didalam semua kepala rakyat Malaysia yang cintakan seorang pemimpin yang bersih dari najis dan maksiat.

Tiap-tiap hari Pak Lah Berbohong

Nampaknya dalam sehari dua ini tiap-tiap hari Pak Lah berbohong kepada lebih 25 juta rakyat Malaysia dan kepada lebih 10 juta pengundi yang berdaftar. Keadaan ini adalah dilihat kepada keadaan yang mengambarkan Pak Lah tidak sehebat pemimpin UMNO sebelum dari ini. Dia kadang-kadang tidur dan kadang dalam keadaan jagapun bercakap macam orang baru bangun tidur.


Semua dapat menilai ucapan dan kata-kata Pak lah seperti dibawah :-


1. Ucapan pada 12 Feb sehari sebelum pembubaran parlimen.


BANGI 12 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’(petikan utusan 13 Feb)

2. Ucapan pada 14 Feb (dipetik dimuka hadapan utusan 15 Feb)

Pak Lah dipetik sebagai berkata bahawa yang menentukan tarikh PR adalah SPR bukannya dirinya.
Semuga semunya dapat menilai siapakah sebenarnya Pak lah ?

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12

Hari mengundi8 Mac (Sabtu)

Penamaan calon24 Februari (Ahad)

Tempoh berkempen13 hari

Jumlah pemilih berdaftar10,922,139

Pemilih awam 10,701,054

Pemilih pos 221,085

Jumlah parti politik berdaftar 30

Jumlah kerusi Parlimen 222

Jumlah kerusi DUN 505

15 Februari 2008

Siapakah Yang Menyebabkan Negara Bengkrap?

Untuk kesekian kalinya Najib Tun Razak memberi amaran Malaysia boleh bankrap jika konsep negara kebajikan yang ditawarkan oleh Pas diterima dan dipraktikkan di negara ini.Timbalan Perdana Menteri menegaskan, konsep tersebut membawa pengertian bahawa seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan.

Keadaan ini, kata beliau, menyebabkan kerajaan pada masa sama terpaksa pula mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka yang mampu.‘‘Sedangkan kita telah melihat bagaimana negara maju yang mengenakan cukai yang tinggi akhirnya tidak dapat dipertahankan. ‘‘Apatah lagi kita sebagai negara sedang membangun, kalau ada dasar mereka yang tidak bekerja pun mendapat bayaran setiap bulan, maka itu alamat negara kita akan menjurus kepada lembah sebuah negara yang bankrap,’’ kata beliau.


Sebenarnya orang yang berperangai macam Najiblah yang menyebabkan negara jadi bengkrap. bayangkan beli kapal selam dan jet pejuang sahaja Najib terlibat dengan skandal ratusan juta ringgit. Ini benkrap negara namanya.

Pak Lah Takut Kepada Presiden PAS

Abdullah Ahmad Badawi berkata, kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mencabarnya di Parlimen Kepala Batas membayangkan Pas tidak yakin menang di Terengganu.Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.






Kenyataan ini adalah gambaran sebenar yang Pak Lah dalam keadaan ketakutan kalau benar Hj. Hadi akan berpindah ke Kepala Batas untuk berhadapan dengannya. Kalau Pak Lah kata kita tidak yakin untuk menang di Terengganu, kita nak kata kita yakin menang sebab itu tanpa Hj. Hadi kita boleh tunbangkan kerajaan yang ada sekarang di Terengganu.

Apa lagi ketua Pas di Terengganu sekarang bukan Hj. Hadi lagi tetapi Mustapa Ali sebagai pesuruhjayanya. Pepindahan Hj. Hadi ke Pulau Mutiara untuk melawan Pak Lah adalah sesuatu yang masuk akal dan tidak menjadi masalah.
Kalaulah Pak Lah seorang yang berjiwa besar, semestinya dia tidak mencari alasan lain malah mengalu-ngalukan kedatangan Hj. Hadi ke Pulau Pinang untuk bertanding. Kalah atau menang kira kemudian, itulah adat pertandingan.

Penamaan Calon dan hari mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh 8 Mac sebagai hari rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-12. Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 24 Februari ini, kata Pengerusi SPR, Ab. Rashid Ab. Rahman pada satu sidang akhbar hari ini.





Tempoh berkempen dalam pilihan raya itu adalah selama 14 hari.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Apa Kata Kambing


14 Februari 2008

Najib umum dividen LTAT 16 peratus : Satu Lagi Pancing Undi

Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak 16 peratus, iaitu yang tertinggi sejak 10 tahun lalu.Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebanyak 120,000 pencarum akan menikmati dividen bagi tahun 2007 itu yang melibatkan pembayaran RM552.2 juta.Dividen LTAT bagi 2006 ialah sebanyak 15 peratus.



Demikian juga untuk lebih 1 juta kakitangan awam yang sedang menunggu imbuhan khas kerajaan sebagai ganti kepada bonus tahunan yang tidak diperuntukkan dalam bajet tahun 2008. Kita yakin dalam tempoh terdekat PM akan mengumumkan sendiri imbuhan berkenaan bagi memujuk dan menarik undi kekitangan kerajaan.

Tawaran Dari Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf:11-12)

PAS Parit Buntar Bersedia

Pengumuman pembubaran parlimen oleh Pak Lah hari ini merupakan suatu masa yang ditunggu-tunggu oleh semua jentera pilihanraya PAS di Kawasan Parit Buntar. Secara umumnya persiapan telahpun dilakukan hampir setahun yang lepas bagi menghadapi PR Umum ke 12 ini. Malah sudah menjadi tradisi PAS apabila sesuat PR berakhir kita akan terus bersiap untuk menghadapi PR yang berikutnya.



Untuk kali ini PAS akan bertanding di Parlimen dan DUN Titi Serong dan PKR akan bertanding di DUN Kuala Kurau.

Suasana politik yang ada sekarang digambarkan oleh banyak pihak akan memihak kepada PAS, Malah ada yang menjangkakan BA akan menang dengan selesa di Palimen dan kedua-dua DUN tersebut.

Keadaan orang India yang telah berubah merupakan senerio baru yang tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Buktinya untuk pertama kalinya pada ceramah umum yang diadakan pada hari Isnin 11 Feb lepas, seorang wakil kaum India telah bercakap dengan mengajak hadirin menolak BN bagi menjamin masa depan anak-anak kita. Begitu juga wakil kaum Tionghua, En. Wong dalam ucapannya mengajak semua warga Parit Buntar untuk menolak BN yang Rasuah.

Parlimen diumumkan bubar dengan perkenan Yang Dipertuan Agung

Desas-desus mengenai pembubaran Parlimen telah pun berakhir apabila sebentar tadi sekitar jam 12.35 tengahhari PM, Abdullah Ahmad badawi telah mengumumkan pembubaran parlimen dengan mendapat perkenan yang Dipertuan Agung.






PM yang didampingi timbalannya, Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar yang dipenuhi oleh perwakilan media setelah perkara itu telah dimaklumkan lebih awal kepada pihak media. Pengumuman tersebut akan memberi lalauan kepada rakyat Malaysia untuk memilih sebuah kerajaan baru.

Pak Lah juga berharap semua negeri, kecuali Sarawak akan mengikuti langkah tersebut dengan membubarkan DUN sesuai dengan peruntukan yang ada.Dijangkakan tarikh penamaan calon adalah pada 23 Feb dan tarikh pembuangan undi pula pada 3 Mac akan datang.

Hari ini Parlimen di Bubarkan ?

Seluruh rakyat Malaysia penuh dengan debaran menunggu pembubaran Parlimen Malaysia yang dijangkankan berlaku pada hari ini. Tarikh 13 Feb yang menjadi kegemaran PM Malaysia, Abdullah Ahmand Badawi sehingga kita semua tertunggu-tunggu adakah benar ianya dibuktikan dengan pembubaran Parlimen Pada Hari ini.

Kata Perdana Menteri pada 10 Feb yang lepas, jika beliau ingin membubarkan Parlimen beliau akan memanggil media massa untuk membuat liputan.''Saya suka (nombor) 13 kerana tidak ada orang mahu nombor itu. Kerana kepercayaan karut, mereka kata nombor 13 habislah. Jadi oleh kerana tak ada siapa ambil, saya ambil.

''Dulu nombor 13 tak laku, nak ambil (tender Jabatan Pengangkutan Jalan) nombor satu, nombor lapan, semuanya kena bayar beribu," kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.Beliau juga berkata, orang ramai boleh mengaitkan nombor 13 sebagai tarikh pembubaran pilihan raya sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Namun begitu kelmarin (12 Feb)desas-desus ini telah dinafikan semasa beliau merasmikan Majlis Pelancaran Institut Islam Hadhari, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.

Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’
Kita sama-sama tunggu dan lihat.

12 Februari 2008

Tajol Rosli : BN yakin menang?

Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat mengekalkan prestasi cemerlang seperti yang dicapai pada pilihan raya umum lepas.Pengerusi BN Perak, Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata,keyakinan itu berdasarkan sambutan hangat segenap lapisan masyarakat terhadap program parti terutama semasa sambutan Tahun Baru Cina kali ini.''Saya nampak perpaduan kaum di Perak amat baik terutama sekali di Pengkalan Hulu dan Parlimen Gerik.


"Ini kerana semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama nampaknya begitu akrab dalam sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di seluruh negeri.''Kita nampak tidak ada masalah dan saya yakin kalau pilihan raya diadakan pada bila-bila masa sekalipun, tidak kira siapa calonnya, BN Perak akan dapat kekalkan prestasi cemerlang seperti 2004," katanya.Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Pengkalan Hulu, di sini hari ini.


Kenyataan MB Perak idatas sebenarnya sekadar keyakinan yang kosong bagi menutup segala kepincangan BN Perak dalam menempuh PR akan datang. Rakyat cuba dialihkan kepada suatu khayalan yang endah kayur ukurnya dari mana.

Sedangkan pihak BA Perak cukup berada dalam keadaan selesa untuk menumbangkan BN. Calon-calon yang akan diletakkan oleh BN pasti akan berdepan satu lawan satu dengan calon BA.

Pirdaus Teringin Sangat Bertanding Di Permatang Pauh

Pada 1 Feb lepas bekas calon Barisan Nasional (BN) kawasan Permatang Pauh ,Datuk Pirdaus Ismail ‘tidak kisah’ sekiranya beliau tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12 akan datang. Sebaliknya, beliau berkata, kemenangan BN di kawasan panas itu adalah agenda yang harus diberi perhatian sepenuhnya terutama di kalangan pemimpin, ahli serta jentera parti berbanding dengan soal calon. ‘‘Hak memilih calon terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, dan persoalan sama ada saya dipilih atau tidak, saya tidak kisah dan ia tidak akan membebankan saya.

Kelmarin lain pula kenyataannya di mana dia berkata yakin akan menang dan merampas semula kerusi Parlimen itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika dipilih bertanding dalam pilihan raya umum ke-12. Menurutnya, berdasarkan sokongan kuat daripada rakan-rakan serta penduduk Permatang Pauh yang rata-rata mahukan perubahan, beliau yakin dapat membantu BN menamatkan penguasaan hampir 10 tahun PKR di kawasan itu.

Malah katanya, keyakinannya itu juga berdasarkan kemampuan BN mengurangkan kemenangan undi majoriti PKR daripada 9,077 pada tahun 1999 kepada hanya 590 undi ketika beliau menjadi calon pada pilihan raya 2004. "Saya sentiasa bersedia (bertanding) untuk parti dan kalau dipilih sekali lagi menjadi calon untuk melawan pembangkang, saya yakin keputusan (pilihan raya 2004) lalu akan dapat diubah.

Inilah reaksi pelbagai "imam duit" yang populer dengan tendangan kakinya kepada peti undi dalam PR umum yang lepas. nampak sangat dia ingin bertanding sehingga dua kali keluar kenyataannya dia atas dalam akhbar Utusan. Adakah kena bayar berapa banyak duit untuk mendapat tempat dalam akhbar tersebut?

11 Februari 2008

Orang Mukmin Yang Kuat.

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai Allah ketimbang orang mukmin yang lemah (HR. Muslim, Ibn Majah, dan Ahmad).





Seorang yang kuat secara fizikal dan cerdik akalnya, namun tidak memiliki modal jiwa yang kuat, akan mudah menerima godaan. Dan yang demikian, bukanlah dikatakan mukmin yang kuat. Sebab, yang dinamakan mukmin, pasti beriman. Yang beriman, tidak mudah ditaklukkan godaan. Berbeza dengan orang yang dipanggil golongan Islam , mungkin buktinya dapat dilihat dalam kada pengenalan atau surat beranbak nya, namun begitu orang mukmin tandanya terukir di hati nuraninya.

Negara kita memiliki banyak manusia yang tidak lengkap. Maksudnya, manusia yang hanya terdidik secara fizikal sahaja, namun tidak terdidik rohaninya. Rohani akan menjadi modal dalam melaksanakan amanah.Kerana rohani tidak terdidik dengan sempurna telah menyebabkan banyak kerja yang terkeluar dari nilai nilai pertimbangan yang ditentu oleh Allah SWT..

Kekuatan jasmani sesungguhnya tidak sempurna tanpa disertai oleh kekuatan rohani, sehingga kekuatan keduanya sangat penting diperhatikan dalam urusan pentarbiyahan insan.

Kad laporan prestasi wakil rakyat jadi kriteria pilih calon- PM

Abdullah Ahmad Badawi berkata kad laporan prestasi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menjadi antara kriteria dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum ini.Menurut Perdana Menteri, beliau akan melihat apa yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan melalui kad laporan tersebut.


"Ada yang dihantar pada saya, saya akan tengok, saya akan melihat apa yang mereka buat, ia (kad laporan) antara faktor jadi calon.'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Kad laporan berkenaan diperkenalkan ke atas wakil rakyat BN bertujuan melahirkan jentera pentadbiran bersih dan telus di semua peringkat.Melaluinya, setiap wakil rakyat perlu menghantar kad laporan tentang tanggungjawab masing-masing.

Suatu perkara yang perlu dan wajib diambil kira oleh Pak Lah ialah mengenai prestasi akhlak dan terlibat atau tidak dengan kes rasuah setiap wakil rakyat BN. Kalau ini diambil kira ramai yang tercicir dari senarai pemilihan. Persoalannya adakah ini suatu perkara besar oleh Pak Lah.? Kita tunggu dan lihat bila PM umumkan senarai yang terpilih.

Berikutnya kita meragui dengan kad laporan yang diteliti oleh pak Lah, adakah benar-benar kesahihannya. Kalau sekadar laporan sebelah pihak tentunya sangat baik dan A semuanya.

BN Bukan Ancaman Sebenar Pembangkang

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pembangkang bukan halangan utama kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 ini, sebaliknya ancaman sebenar parti itu ialah sekiranya wujud perpecahan dalam kalangan anggotanya.






Beliau berkata, pembangkang bukan merupakan parti yang kuat malah kekuatannya bergantung kepada individu tertentu berbanding BN yang mempunyai ramai pemimpin berkualiti.“Pakatan pembangkang ini seperti kahwin Mutaah dan bermusim berbanding BN yang kukuh bukan sahaja pada pilihan raya malah setiap masa.

Demikianlah sebaliknya, BN bukanlah ancaman sebenar bagi parti-parti pembangkang. Kami sebetulnya berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan dalam setiap kali pilihanraya. BN telah mengembeling dan menyalahgunakan harta rakyat untuk mempertahankan kemenangannya dalam setiap kali pilihanraya. Tidak cukup dengan pengunaan media cetak dan elektronik, bangunan, kelengkapan, kewangan, dan sebagainya. BN malah mengugut pegawai-pegawai kerajaan supaya jangan mengundi pembangkang.

Sikap tidak adil dan "super double standard" ini sebetulnya ancaman yang sangat besar kepada pembangkang. Kalau kita berhadapan secara jantan dengan jentera parti dalam komponen BN saya yakin mereka telah lama tersungkur rebah dan terkubur. Malah kita melihat mereka betul-betul miskin dengan menyalahkan gunakan dewan orang ramai dan sebagainya untuk dijadikan pejabat.Kami pembangkang walaupun dalam keadaan serba kekurangan masih lagi mampu membina pejabat dan pusat tarbiyah atau markaz sendiri.

Inilah suatu kemungkaran dan kezaliman yang berulangkali berlaku dalam negara setiap masa dan ketika khususnya dalam PR umum. Kemungkaran ini mestilah dihabisi oleh hak mengundi rakyat dalam PR ke 12 tidak lama lagi. Ayuh kita jatuhkan BN dan gantikan dengan kerajaan baru BA.

10 Februari 2008

Hari Keluarga PAS mendapat sambutan luar dugaan

KUALA KURAU (3 Februari) : Program Hari Keluarga Bersama PAS yang diadakan di Parit Tok Him di sini telah mencatatkan kehadiran luar dugaan. "Makanan yang kami sediakan untuk 200 tidak cukup kerana yang hadir lebih 300 orang. Kami tidak menjangka kehadiran sebegini ramai " Kata Tuan Haji Ahmad bin Abdullah Bendahari MTD Kuala Kurau.



Hari Keluarga anjuran MTD Kuala Kurau dengan kerjasama Dewan Pemuda dan HALWA MTD Kuala Kurau ini telah memuatkan acara-acara pertandingan yang menarik penyertaan penduduk setempat dan menghiburkan. Antara pertandingan yang dijalankan ialah peraduan mewarna, masakan, anyaman ketupat, gubahan, boling nyok, gusti lengan dan lain-lain. Khidmat Kesihatan percuma dijalankan semasa Hari Keluarga ini dengan bantuan enam orang doktor sukarela. Khidmat kesihatan ini meliputi ujian tekanan darah, ujian glukosa dan ujian berat badan unggul selain kaunseling kesihatan. Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dr. Mujahid Haji Yusuf Rawa telah hadir merasmikan perasmian penutup program ini. Beliau menyarankan semua penduduk yang hadir supaya mengeratkan tali silaturrahim dan bersama-sama PAS memperjuangkan negara berkebajikan untuk semua rakyat.

"PAS akan pastikan kekayaan khazanah negara dinikmati oleh seluruh rakyat bukan beredar di kalangan pemimpin BN dan kroni mereka. PAS telah membuktikan negeri berkebajikan di Kelantan " Terang Dr Mujahid.

Dr. Mujahid bersama isteri beliau telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan. Sebelum itu Dr. Mujahid menyampaikan sumbangan kepada lapan keluarga susah di sini termasuk sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit yang kurang upaya. Seorang penduduk yang ditemui berkata kehadiran ramai penduduk setempat ke program anjuran PAS ini membuktikan sokongan besar kepada PAS di DUN Kuala Kurau. "Hanya PAS parti yang paling layak menghadapi BN di DUN Kuala Kurau.

Berdasarkan kesungguhan PAS menganjurkan berbagai kegiatan terutama sekali melibatkan hal-hal kebajikan termasuk dengan kaum bukan melayu, ianya pasti akan melonjakkan lagi undi berbanding dalam pilihanraya lepas." Tegasnya yang kerap bersama dalam program PAS. Sementara itu, MTD Titi Serong juga mengadakan program Ceramah Kesihatan di Bagan Tiang pada masa yang sama. Program ini menjemput seorang pakar kesihatan masyarakat menyampaikan ceramah dan kaunseling kepada penduduk yang hadir. Khidmat kesihatan juga diberi selepas ceramah.

Berita dan gambar lengkap layari :http://paritbuntar.pas.org.my/

Hu Jintao Adakan Tinjauan ke Guangxi Semasa Perayaan Tahun Baru China

Presiden China Hu Jintao telah mengadakan tinjauan terhadap daerah Nanning dan Baise Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China semasa merayakan Tahun Baru China. Beliau telah bertemu langsung dengan para pekerja dan polis dan bersama-sama merayakan Tahun Baru China dengan penduduk pelbagai etnik tempatan.



Dalam tinjauan di Syarikat Jaringan Elektrik Guangxi Berhad, Hu Jintao berkata bahawa menjamin bekalan elektrik merupakan tugas utama dalam kerja-kerja mengatasi kesan bencana salji tebal ini. Bekalan elektrik merupakan asas terpenting bagi pemulihan operasi sosio-ekonomi di kawasan yang dilanda bencana salji tebal. Laluan penghantaran elektrik harus dibaikpulih dengan seawal mungkin untuk menjamin belakan elektrik yang lancar.

Bencana salji tebal telah melanda sesetengah kawasan di selatan China termasuk Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China dalam masa selama lebih 20 hari ini dan telah menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

Kerajaan China bagi Percuma, Kerajaan Malaysia Cuma Diskaun 50%

Warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang memiliki kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diberi diskaun sebanyak 50 peratus apabila menggunakan perkhidmatan RapidKL dan RapidPenang mulai Isnin ini.




Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop berkata, dengan adanya kad JKM itu, golongan tersebut tidak perlu lagi memohon kad diskaun daripada syarikat berkenaan.''Sebelum ini, mereka kena pohon kad diskaun, kena isi borang dan tunggu untuk mendapatkannya,banyak prosedur perlu dilakukan.

''Tapi sekarang mereka tidak perlu lagi risau, hanya tunjukkan kad yang dikeluarkan JKM dan mereka akan terus dapat diskaun 50 peratus," katanya.Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina di St. Nicholas Home di sini hari ini.

Perlu diambil perhatian kebajikan sebegini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan China. OKU dan Warga tua bukannya diberikan potongan malah diberi percuma bila menaiki bas di China. Malah banyak lagi yang diberikan kemudahan kepada OKU termasuk diberikan kebenaran menggunakan motosikal roda 3 dalam keadaan motosikal telah diharamkan pengunaannya di bandar Guangzhou.

Inilah yang kita boleh janjikan jika kita pihak BA berjaya memerintah Malaysia jika diberi mandat oleh rakyat pada PR ke 12 yang akan diadakan bila-bila masa. Banyak sumber dan hasil negara yang kita boleh salurkan kepada golongan OKU dan warga tua.

Tok Guru :Politik Daya Tarikan Kelantan

KOTA BHARU 9 Feb. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, corak pemerintahan Pas yang berbeza daripada Kerajaan Pusat merupakan salah satu faktor tarikan pelancong asing dan tempatan ke negeri itu.Katanya, perbezaan itu menambahkan keunikan Kelantan selain kelainan cara hidup yang dikaitkan dengan pelbagai bentuk kesenian tradisional dan makanan di samping keramahan penduduknya.




Sehubungan itu , beliau percaya melalui promosi Tahun Melawat Kelantan 2008 dengan pakej-pakej baru yang diperkenalkan, sasaran untuk menerima 5.7 juta akan tercapai.Beliau berkata, sejumlah 5 juta pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Kelantan sepanjang tahun lepas dengan jumlah perbelanjaan mereka mencecah RM1.6 bilion."Saya yakin sasaran tahun ini dapat dicapai berdasarkan kepada perkembangan masyarakat dunia yang ingin melihat apa yang sedang berlaku di Kelantan terutama sistem pemerintahan yang berasaskan Islam," katanya.Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008 di sini malam tadi.

Sempena pelancaran itu, lebih 40 kumpulan kebudayaan dan kesenian rakyat pelbagai kaum menyertai perarakan mengelilingi bandar ini bagi memeriahkan sambutan.Nik Abul Aziz berkata, bagi mencapai matlamat itu pihak Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan mempergiatkan promosi ke beberapa negara Timur Tengah, Belanda dan negara jiran.

Menurutnya sepanjang kempen itu Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan menganjurkan pelbagai program bulanan termasuk peringkat antarabangsa terutama pertandingan Go-Kart, pesta wau antarabangsa dan pesta makanan ASEAN.

Menurut beliau lagi, pondok-pondok pengajian agama yang dibina oleh ulama-ulama masa silam bagi mengukuhkan kerohanian rakyat, boleh dikunjungi.''Ratusan kuih muih tradisional, makanan laut dan sifat ramah mesra rakyat, Kelantan dapat memikat hati pelancong menerusi pameran dan persembahan kesenian," ujarnya.

Beliau berkata, kehalusan seni rakyat Kelantan dalam menghasilkan barangan kraftangan yang terkenal seperti batik, kain songket, barangan perak dan pelbagai bentuk wau juga merupakan satu daya penarik. (Sumber : Bernama)

BN Janjikan Limpahan Pembangunan di Kelantan ?

Kedudukan BN dalam PR ke 12 untuk merampas Kelantan adalah dalam keadaan terdesak. Najib yang berada di Kelantan Kelmarin macam tidak sedar diri bercakap dengan kempen yang bukan, macamlah BN tidak dikenali oleh rakyat Kelantan. Apapun kita yakin Rakyat Kelantan akan terus memihak kepada BA bukan BN. Berikut adalah janji-janji manis Najib





Kata Najib,Kelantan bakal memperoleh kemajuan berganda yang tidak pernah dibayangkan jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-12, TPM itu berkata, limpahan pembangunan itu sekali gus menjadikan Kelantan sebagai model ketamadunan Islam bagi negara ini yang berpaksikan kecemerlangan peradaban, intelek, ekonomi dan pendidikan.Najib berkata, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri cukup ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan yang sepatutnya memperoleh nikmat sebagaimana rakyat di negeri-negeri lain.‘‘BN betul-betul ikhlas nak membantu, kita tidak mahu janji kita ini menjadi igauan tetapi sebaliknya impian ini menjadi realiti.‘‘Kita tidak akan sekali-kali menjadikan Kelantan terus hanya bermegah dengan slogan-slogan besar semata-mata,’’ katanya.

Antara janji manis BN oleh Najib ialah untuk bina Lapangan Terbang yang Baru dan Stadium yang baru. Mengenai stadium macam orang tidak siuman Najib berkata‘‘Saya amat sedih apabila dapat tahu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, papan markahnya masih menggunakan orang untuk meletakkan angka, malah negara Afrika sekalipun dah guna sistem elektronik,” katanya.

Janji nak bina lapangan terbang pula Najib dipetik berkata ‘‘Kita mahu apabila sampai di lapangan terbang yang cantik dan selesa itu, kita akan lihat dua stadium serba moden tersergam.

Apakah stadium atau Lapangan terbang tidak boleh dibina kalau ianya dibawah Kerajaan Kelantan yang dikuasai oleh BA. Kenapakah limpahan yang dijanjikan akan dilaksanakan jika BN memerintah sahaja. Inilah kempen najib yang menampakkkan dia sendiri tidak cerdik. Sedangkan bos nya yang datang ke Kelantan semasa meresmi koridor pantai timur telah menjanjikan projek berbillion ringgit dihadapan MB Kelantan yang ada sekarang. Lawan bos nampaknya?

Selain itu kenapa Najib cuma bercakap tentang ketamadunan Islam dengan bahasa yang begitu bombastik sedangkan dinegeri lain yang dikuasai BN porak peranda semuanya. Lihatlah anak-anak muda Melayu khususnya di KL dan Lembah Klang adakah yang dihasilkan di sana yang dimaksudkan suatu ketamadunan.10Kaya atau miskin rakyat Kelantan kita yakin pada hati dan budinya yang tidak pernah mudah termakan oleh gula-gula Najib yang merupakan "racun" yang sangat berbisa. Ayuh rakyat Kelantan kita malukan Pak Lah dan najib yang menjadi "tok Dalang" dengan skripnya yang tidak boleh pakai. macam cerita Ramayan dan Mahabrata yang telah lama ditolak oleh rakyat Kelantan.

Najib : BN tidak Akan Berdendam?

Lain pula kenyataan Najib Tun Razak di Tanah Merah pada hari ini. Adakah ingin memujuk atau menipu orang kelantan yang bekerja dengan kerajaan Kelantan untuk memamgkah BN. Nampaknya ianya satu tektik baru Najib untuk menambah sokongan orang Kelantan kepada calon-calon BN.





Najib memberi jaminan dalam bentuk pembohongan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berdendam dengan para penyokong Pas sekiranya ia kembali menguasai pemerintahan Kelantan kelak. Saya yakin orang kelantan tidak percaya dengan janji ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, semua pihak termasuk yang berkhidmat dengan kerajaan negeri terutamanya tidak harus bimbang tentang kemungkinan itu kerana ia tidak akan berlaku.

Kita masih ingat dengan sikap kasar dan dendam BN seakan tidak berperikemanusiaan setelah BN mengambil alih pemerintahan Terengganu pada tahun 2004.Banyak yang dibuang kerja.Sikap melampau ini melarat kepada insiden merobohkan penempatan di Kg. Bujal termasuk sebuah surau. Adakah ini bukan dendam kesumat namanya.

Calon Import Bukan Isue Utama.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Pas Kelantan akan terus memberi laluan kepada “calon import” yang bukan berasal dari Kelantan untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengambilan calon luar untuk bertanding di negeri itu telah lama diamalkan.“Kelantan sudah lama dah ambil orang luar Kelantan bertanding di negeri ini”,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan (TMK) di sini malam tadi.

Sebenarnya perkara ini juga berlaku kepada BN yang mengambil calon-calon luar kawasan bertanding dalam sesuatu kawasan parlimen. Contohnya di Parlimen Parit Buntar, Hamid Zainal Abidin adalah calon luar yang menang pada tahun 2004. Jadi perkara ini bukan isu yang besar, asalkan calon yang menang itu akan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Dengar masalah rakyat -- Arahan PM Sudah Terlambat

Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat di samping membaiki kelemahan masing-masing supaya terus mendapat sokongan, kata Abdullah Ahmad Badawi.Pada masa yang sama Perdana Menteri juga mahukan mereka bersikap jujur dengan memberitahu perkara sebenar kepadanya dan bukan hanya sekadar memuji.




Beliau yakin, jika langkah itu diambil oleh semua pemimpin BN, rakyat akan menyokong kerajaan dan terus memberi mandat untuk memerintah negara.

Kenyataan Pak Lah diatas dilihat sebagai gambaran sebenar tentang kebanyakan wakil rakyat BN yang tidak mesra rakyat. Mereka amat susah untuk ditemui sehingga rakyat sudah naik bosan dengan perangai tersebut. Bila sudah menjadi YB mereka lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbading kepentingan awam atau rakyat. Kesimpulannya mereka tidak mahu dengar masalah rakyat.

Kita sangat sedih dengan sikap wakil rakyat BN yang tidak dapat turun membela nasih penduduk di Kg. Berembang dan Kg Paya Rimba dalam kejadian perobohan rumah dan sebuah surau oleh MPT setempat. Atas nama wakil rakyat Islam dia mesti turun apa lagi atas nama wakil rakyat dia tidak boleh lena di rumah dalam keadaan rakyat sedang menderita.

Sudah terlambat sangat arahan Pak Lah ini. Saya yakin rakyat tidak akan teragak-agak berkata kepada wakil rakyat BN yang cuba buat baik saat akhir sebelum pilihanraya....kalimat yang wajar disebut kepada mereka, "pi berambus" apa pasal sebelum ini tak datang-datang? poorah....dan sebagainya.

Rakyat perlu sedar jika sekiranya Calon-calon BN yang lama atau yang baru menang kembali dalam pilihanraya akan datang, perangai lama akan mereka buat balik. Kerana itulah semua mesti memilih wakil rayat baru dari BA yang saya yakin berkerja atas dasar amanah dari Allah yang akan ditanya kelak.

09 Februari 2008

Tazkirah Jumaat : Taqwa

Salah satu rukun dalan rukun khutbah ialah ajakan Taqwa kepada Allah SWT. Membuktikan betapa pentingnya ajakan ini sehingga paling kurang ianya disebut untuk diperdengarkan kepada jemaah sekali dalam seminggu.


Orang yang paling baik disisi Allah SWT adalah yang paling bertaqwa :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujuraat:013)

Malaysia mampu anjur Olimpik ?

Malaysia mampu untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia termasuk Sukan Olimpik pada masa depan disebabkan negara sudah mempunyai infrastruktur sukan unggul namun hanya pencapaian atlet yang menjadi batu penghalang.





Ketua Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mustaza Ahmad berkata, ini disebabkan Malaysia sudah membuktikan kemampuan menganjurkan Sukan Komanwel 1998 serta pelbagai sukan bertaraf dunia.

Apa yang perlu sekarang kata beliau ialah atlet negara perlu menunjukkan prestasi yang meyakinkan pada sukan antarabangsa terutama pencapaian di Sukan Olimpik untuk membolehkan Malaysia membida sebagai lokasi sukan bertaraf dunia.

Pemilihan sesebuah negara untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia bukanlah sekadar memiliki kemudahan sukan sahaja, tetapi ia juga melibatkan pencapaian semasa atlet negara penganjur itu sendiri. Oleh itu jangan lah berharap lebih dari berita di atas.

Kalau hendak kata mimpi disiang hari pun boleh jadi mungkin, kerana akhir-akhir ini saya melihat peretasi sukan negara semakin mundur ke belakang. Sehari dua ini kita dah jadi muak dan termuntah dengan permasalahan dalam beberapa batang tubuh organisasi dan badan yang menjaga sukan dalam negara kita.

Seperkara lagi yang saya ingin jelaskan ialah mengenai kemampuan kewangan penganjuran olimpik. Kalau beginilah ekonomi Malaysia jangan harap kita mampu menganjurkan nya. jauh panggang dari api, jauh langit dari bumi kita rasakan. Manalah kita nak dapat duit kalau bukan bengkarap negara kerana anjur olimpik. yang kaya adalah kroni kroni yang tetap akan jadikan ibu duit untuk ambil duit yang diperuntukkan.

08 Februari 2008

Zam : Rakyat Bukan Macam "Hang".

Semakin hampir dengan pilihanraya semakin banyak pujukan dan rayuan dari pemimpin UMNO supaya rakyat menolak pembangkang. Alasan nya tidak lain pembangunan dan kestabilan negara. seolah-olah hanya dengan BN sesebuah negara itu akan stabil dan maju.




Wahai menteri yang "kurang cerdik" tahukah anda dinegara maju lain adakah Jepun, Korea, dan China di sana mana ada BN dan UMNO. Kalau kerana BN dan UMNO sesebuah negara itu maju kenapa sampai sekarang sangat bergantung kepada teknologi asing dari negara tersebut. Hakikatnya yang tak maju adalah pemikiran Zam sendiri. Jangan ingat rakyat tidak cerdik macam "hang".

Zainuddin Maidin meminta rakyat jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahu mereka menukar kerajaan sekarang pada pilihan raya akan datang. Menurut beliau, kerajaan sedia ada terbukti cukup baik, malah di bawah kepimpinan PM, Abdullah Ahmad Badawi, negara semakin maju ke hadapan. ‘‘Jangan dengar hasutan pembangkang supaya dibuat perubahan (tukar kerajaan). Rakyat tidak perlu melakukan perubahan, sebaliknya menyokong kepimpinan sedia ada kerana kita bukan negara yang mundur, kita semakin maju,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Merbok bercakap kepada pemberita selepas beramah mesra dengan penduduk Flat Paya Nahu 2, di sini, hari ini. Menurut Zainuddin, beliau yakin rakyat negara ini bijak membuat keputusan dan tidak akan terpedaya dengan hasutan seumpama itu. Kata beliau, rakyat seharusnya memberikan sokongan padu kepada calon BN pada pilihan raya umum ke-12 supaya kestabilan negara dapat dikekalkan.

Sebenarnya apakah yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat adalah rantaian siri pembohongan kepada rakyat yang telah berlangsung selama 50 tahun. Hadiah kepada 50 tahun kemerdekaan Malaysia adalah hadiah kesengsaraan dan penderitaan rakyat semua kaum terutama orang Melayu dan India. Dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah diguna pakai oleh BN untuk memastikan agenda peribadi mencapai matlamatnya. Pemimpin BN dan UMNO hanya mementing perut dan bawah perut setelah berada dikerusi empuk, rakyat dibiarkan menderita dan sengsara tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Khir Toyo :Selangor akan Perkenal Calon Lebih Awal

Khir Toyo mengeluarkan kenyataaan kononnya akan mengumumkan calon-calon BN Selangor lebih awal di 3 kawasan bermasalah .Satu lagi ucapam Khir yang saya sokong 100% namun saya ragui adakah benar ianya akan menjadi realiti, atau cuma omong-0mong kosong saja dari khir?




Khir di petik telah berkata bahawa BN Selangor akan cuba memperkenalkan calon-calonnya lebih awal di tiga kawasan yang dikatakan bermasalah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 kali ini, kata Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini.

Ini bertujuan supaya pengundi di tiga kawasan berkenaan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi calon-calon BN yang dipilih, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat dan Sukaneka di Sungai Nipah di sini.

Ditanya mengenai tiga kawasan yang dikatakan bermasalah itu, Khir yang juga Menteri Besar Selangor berkata, di antaranya ialah Sekinchan dan Sungai Pinang tetapi beliau enggan memberitahu satu lagi kawasan kerana tidak mahu menimbulkan spekulasi.

Khir berkata; “Kita nak tengok dan kita telah bincang dengan pengerusi parti kawasan terlibat (ketua bahagian) dan mereka telah bersetuju untuk menggantikan calon yang kalah atau calon yang menyebabkan kawasan itu hitam atau kelabu”.

Kita cadangkan kepada Khir jangan hanya perkenalkan lebih awal untuk 3 kawasan sahaja, namun kita minta umumkan semua calon BN lebih awal untuk seluruh negari Selangor. Paling penting tolong umumkan dimana dia mahu bertanding. Ini adalah untuk membuktikan BN benar-benar bersih dengan calonnya yang kononnya bersih?
Begitu juga BA adakah PAS dan PKR, kita akan umumkan calon-calon kita lebih awal dari sekarang. InsyaAllah kita akan buktikan calon-calon kita adalah yang berkualiti dan betul-betul bersih.