2 Ramadhan 1431 H
SHAH ALAM, 11 Ogos: Pejabat Menteri Besar akan menjalankan siasatan dalaman berhubung penemuan kamera dan beberapa peralatan lain termasuk monitor yang disembunyikan dalam bilik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).
Kamera mikro yang disembunyikan di belakang langsir tempat duduk Menteri Besar itu dijumpai Khalid sendiri pada jam 6 petang semalam.
Khalid berkata, beliau secara tidak sengaja terjumpa kamera mikro dan peralatan lain yang disembunyikan itu apabila ia berbunyi kerana kehabisan bateri.
“Setelah disiasat, saya menemui kamera dan monitor yang disembunyikan di belakang langsir.
“Kita akan meneliti semula rakaman dan juga melihat video rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.
Susulan kejadian itu, Abdul Khalid akan meminta Jabatan Keselamatan meningkatkan sistem kawalan kerana Bangunan SSAS menempatkan ibu pejabat jabatan kerajaan negeri dan pejabat-pejabat Exco serta ketua jabatan.
“Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” katanya.
Harakahdaily/-

2 ulasan:
“Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” katanya....pelik??? Kalau tak serius awat heboh seMalaysia??
Kalau nak gimik pun buat le cara lain yg lebih pro!!
Kalau sampai letak camera celah langsir..kerja sapa??
Yang jumpa macam2 benda pelik kat dalam bilik Nizar waktu dia jd MB perak...kerja sapa???
Tup..tup tau kat Malaysia ada jet x bole terbang...awat MAT SABU bole p masuk kementerian pertahanan ambik keluar dokumen ka???
yang bunuh orang..bunuh diri sendiri..kerja sapa???
Inilah UMNO...ala...ala APCO..
Inilah UMNO...ala..ala Israel...
Bagi mentekedarah APCO..UMNO diam sapa pun tak tau..lepas keldai 2. 3 ekor p palestin..dia suruh TV 3suku ambik gambar..
Catat Ulasan