2 Ramadhan 1431 H
Oleh: pusat perkhidmatan DUN Tronoh
Satu kempen menderma darah telah dianjurkan oleh DAP Cawangan Kampung Nalla pada 8 Ogos 2010 bersempena Kempen Sihat DUN Tronoh.
Kempen yang julung kali dianjurkan DAP Cawangan Kampung Nalla ini bertempat di Dewan Orang Ramai Tronoh dan dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Kempen ini dijayakan dengan kerjasama doktor dan jururawat dari Hospital Tuanku Bainun, Ipoh.
Sambutan dari para penduduk tempatan agak menggalakkan.ADUN Kawasan Tronoh YB V.Sivakumar yang turut hadir berkata tujuan kempen adalah untuk mengisi tabung darah Hospital Tuanku Bainun, Ipoh.
Katanya lagi Kempen Sihat DUN Tronoh yang sedang berlangsung ini juga akan mengadakan lebih banyak program kesihatan pada masa yang terdekat.
YB V.Sivakumar juga menyampaikan sijil penyertaan kepada para penderma.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan