13 Ogos 2010

Sepagi bersama Tuan Guru Haji Hadi

2 Ramadhan 1431 H
joegrimjow.blogspot.com

Niat untuk memperkenalkan herbalife kepada tuan guru, maka kereta Gen2 meluncur laju ke Kuala Terengganu. Bertolak pada jam 8.30 pagi, meninggalkan blog ini tidak berupdate pada waktu paginya. Tepat jam 11.00 pagi, sampailah di kediaman rasmi Tuan Guru Haji Hadi. 2 Jam setengah, memang laju dan entah berapa saman ekor pun tak tahu kena nanti!

Aku : Assalamualaikum, saya datang untuk.....

Aku kaget! Tuan guru yang tersenyum melihat aku yang kaget itu menyambut salam dari aku. Kaget kerana tuan guru takdelah se'besar' dalam gambar yang aku nampak di internet. Maka hancur musnahlah untuk meniaga. Alhamdulillah, walaupun tidak jadi nak meniaga, dapat banyak ilmu dari Tuan Guru. Jom kita baca apa ilmu yang Tuan Guru bagi.

Doa senjata Mukmin

Dalam islam, nilai doa diletak begitu tinggi sampaikan dalam solat, rukun ke4 solat adalah membaca al-fatihah yang mana kandungan didalamnya begitu banyak terkandung doa kita kepada sang pencipta. Seperti kita tahu, bacaan al-fatihah itu sendiri sarat dengan doa-doa seorang hamba kepada penciptanya

Tuan Guru ada ceritakan perihal ungkapan 'ihdina' iaitu tunjukkan kami dan kenapa tidak 'ihdini' tunjukkan saya sebabnya semasa solat pun kita perlu sentiasa mengingati ahli keluarga kita, sahabat kita dan orang lain juga. Jika mahu berjaya, jika mahu masuk syurga, jika mahu Allah kurniakan hidayahnya kepada kita, orang lain jangan dilupakan juga doa kepada mereka!

Itulah kecantikan yang ada dalam islam!

Kenapa jumpa Tuan Guru?

Aku sebenarnya sangat-sangat suka untuk menerima ilmu dari '1st hand' ini. Contohnya pagi tadi, Tuan Guru kongsi ilmunya yang aku rasa cukup tinggi dan dekat di hati dalam suasana yang cukup harmoni. Macam aku dengan dia berada di dalam satu bilik yang tertutup dan mendengar begitu banyak ilmu dan yang hebatnya, semakin lama dengar dia memberi nasihat, semakin pendek masa yang berlalu. Inilah orang kata berkat Ulama' kan, huh, memang hebat!

Komen pasal dakwaan UMNO, PAS bagi duit kepada student oversea

Baru-baru ini ada kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai betapa banyaknya pelajar yang dihantar ke luar negara balik dan menentang kerajaan. Aiyok, pasal ini aku rasa nak tergelak pun ada dengar, mana taknya, ada sangat ke PAS duit nak bagi duit berjuta kepada pelajar di oversea tu. Aku yang duduk di UK pun memang menerima duit dari MARA sentiasa, takde pula PAS (walaupun PAS memerintah Kelantan dan aku rakyat jati Kelantan) bagi duit bulan-bulan. Ok, meh sini ku bagitau kenapa ramai student oversea balik tak sokong kerajaan

Sikap keterbukaan di luar negara yang sememangnya terbuka luas. Kita terbuka ke?
Pelajar sudah bencikan hiburan, sekarang ni negara kita begitu banyak hiburan, macam mana nak tertarik?

Cukup 2 ni pun dah tunjuk alasan kukuh kenapa mereka balik mencari Islam. Agak-agaknya dengan dasar UMNO sekarang, boleh ke mereka cari islam dengan kita? haishh, fikir fikir je lah. Jadi, cadangan aku kepada UMNO, bagaimana nak kalahkan PAS, jalankan apa yang Islam suruh, PASTI PAS akan lingkup! jangan jadi macam negara arab saudi, nama je pak arab tapi islamnya entah kemana. Dengan cara inilah baru pelajar akan tertarik dengan sendiri dengan UMNO, tak payah nak pening kepala fikir sebab-sebab yang tak masuk akal

Masuk politik kuat sangatkan bahaya pulak. tak pasal pasal kena tarik skoler. ekeke. tak pe, itu teguran, jadi terimalah seadanya kan? Berbalik kisah jumpa dengan Tuan Guru tadi, banyak lagi benda yang aku kagum dengannya. Contohnya keadaan rumahnya. Ya Allah, memang tak mewah langsung. Ada aku snap gambar ni masa dia cakap cakap dengan aku tadi. jom tengok

Haaa, duduk bersila ya kawan-kawan. aduss, cuba kita fikir lah, dengan dia yang bertaraf dah presiden PAS ni, rumah sepatutnya mewah la kan. Kaya raya la katakan. Tapi fikir balik, menjadi soalan di akhirat nanti akan ditanya, kenapa rumah ko mewah sedangkan orang yang kau perintah papa kedana, miskin? apa yang kau buat? heh, susah nak jawab kan? Wakil rakyat kita yang rumah besar besar tu dah prepare jawapan ke? ngeeee

Ok, tengok apa hidangan yang dijamu pada aku

Keropok dengan karipap! Memang gaya zuhud habis! Kalau dulu Menteri Besar Perak belanja makan sedap, tuan presiden ni belanja makan keropok dengan karipap je??? dalam hati ada juga tertanya, takde duit ke orang PAS ni? tapi kalau fikir balik, buat apa nak jamu benda mewah mewah kan, tak payah la nak berlagak kaya ke apa sebab masih ramai yang perlukan duit tu. Prioriti. contoh nak bina masjid, buat apa nak bina masjid banyak-banyak kalau takde orang nak penuhkan masjid tu? heh. ok, masuk logik. Apa-apa pun, rasa karipap tadi, fuhhh, sedap. Tuan guru ada anak perempuan ke? ekeke =)

Yang paling mahal

Heheh, mestilah gambar aku dengan Tuan Guru. Terima kasih banyak banyak Tuan Guru kerana kongsi ilmu yang sangat banyak tadi. Memang berbaloi walaupun tak dapat nak meniaga, tapi ilmu yang diperoleh tadi membuat aku tak sabar-sabar nak berpuasa esok ni. Untung kita jadi umat islam ni, sentiasalah bersyukur

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: