13 Ogos 2010

Perbualan telefon: Wan Azizah selar Ezam

2 Ramadhan 1431 H

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus memfitnahkannya.

Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam (kiri) dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya “sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…”

“Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua,” kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.” katanya lagi.

Menurut Agenda Daily lagi, Ezam terus mempertahankan pendiriannya itu dan mencabar Wan azizah membuat sumpah laknat.

Ezam sebelum ini adalah orang kanan Anwar dan pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau menyertai Umno semula pada Mei 2008 dan sejak itu melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar khususnya pada pilihan raya kecil dan terbaru di pentas ceramah ‘Selamatkan Selangor’.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat sementara ni Mat Kotak ni dah sign kontrak dengan Anak toyol n Mat jenin untuk jadi "keldai" mereka.
Harapan 2 ekor Mankok Ayun ni, rakyat selangor dapat percaya apa yang Mat Kotak sampaikan...
Untuk pengetahuan 2 ekor mangkok ayun..Mat Kotak pernah kata " Dia masuk UMNO balik lepas dapat Ilham dari ALLAH"..kat sini lagi dia dah berbohong, habis yang dia dok jaja cerita pasal Anuar Ibrahim ingat kami percaya????
Ni...kawan baik dia kat kamunting dulu, Lokman Adam baru baru pun ada kata...meluat tengok Ezam dok jaja cerita pasal Anuar.Orang bukannya lagi meluat kat Anuar, tapi nanti lagi meluat kat UMNO..
Najib sendiri pun dah nampak dah..APCO mesti dah bagitau..strategi hentam Anuar x kena..
Betui niat 2 ekor mangkok ayun ni nak "selamatkan selangor"..jangan risau...RAKYAT SELANGOR AKAN SELAMATKAN SELANGOR DARIPADA DARI diPERINTAH OLEH UMNO..pasal UMNO ADA SIMPAN BENDA TAK SELAMAT..IAITU "MAT KOTAK"

Tanpa Nama berkata...

Kesian la sama lu ezam...duit punya pasal, lu sudah jadi macam lembu untuk UMNO. Cabar orang ni..cabar orang tu, sumpah sana...sumpah sini, kutuk anuar..
Nak kata lu "BANGANG" sekolah sampai U..tapi Lu buat keja macam x da akai. Gua tengok lu bila misi "selamatkan selangor" ni macam tiap-2 malam mesti kena balun kut balakang dari anak toyol n mat jenin punya...sal Lu macam dah x sedar diri bila atas stage...
Ezam...Ezam...!!!!!!