13 Ogos 2010

Perang info: BN 'ludah' sesama sendiri, kata MB

2 Ramadhan 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman & Aidila Razak

Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" hanya untuk "memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".

Demikian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperuntukkan wang bagi tujuan mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

Justeru, Khalid (kanan) berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'.

"Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khalid mengumumkan peruntukan itu bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak) dan mewujudkan radio negeri sendiri.

Siapa mula dulu?

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam kelmarin, Khalid berkata peruntukan untuk 'perang maklumat' itu hanya mewakili satu peratus perbelanjaan negeri, bersamaan satu sen untuk setiap rakyat Selangor.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana kerajaan persekutuan telah "mengkhianati" mereka dalam menyediakan sokongan komunikasi.

"Kamu hendak kata ini (untuk tujuan) politik? Ya (benar), tetapi siapa yang mulakan dulu?" Soalnya kembali.

Sementara itu, bercakap tentang ura-ura kerajaan Selangor akan menjalankan pilihan raya negeri berasingan dengan di peringkat parlimen, Khalid masih memilih berteka-teki tentang perkara itu.

"Politik juga satu strategi. Jika kerajaan persekutuan jatuh dan kami rasa boleh memang, kami akan sertai permainan," katanya yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Ditanya tentang dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya berasingan sukar dan menambahkan perbelanjaan dan masa, Khalid sebaliknya menghentam kembali badan itu.

'Jangan sebodoh kerajaan'

"Ini yang saya bimbang tentang SPR. Rakyat pilih kita untuk lima tahun bukan atas dasar ADUN dan ahli parlimen patut datang dan keluar bersama-sama.

Pada 28 Julai, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata terdapat kesukaran dalam melaksanakan idea itu, termasuk akan berlaku penambahan masa dan kos perbelanjaan mengurus pilihan raya serta menyebabkan pengundi tidak selesa.

Katanya, lagnkah itu jika diambil boleh menyebabkan berlaku pergeseran antara kerajaan negeri dengan sultan atau gabernor kerana kuasa membubarkan DUN terletak di tangan ketua negeri.

Menurutnya, pengalaman di negara-negara maju, kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang untuk mengadakan pilihan raya tetapi tutut memperuntukan wang untuk parti politik, termasuk daripada pembangkang.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku heran ahh, knp org melayu macam Datuk Wan Ahmad Wan Omar (ramai lg) sanggup jadi tali barut UMNO? SPR perlu adil pada PKR juga. Tahu tak pasal AMANAH & JUJUR sifat2 yang dituntut dalam Islam? Datuk ingat dgn usaha mengampu UMNO dapat menyelamatkan keturunan Datuk ke? Atau keluarga Datuk dah plan kumpul duit banyak2 tukar kerakyatan so pergi jahanamlah rakyat Malaysia sbb tu Datuk abaikan tanggungjawab Datuk.
Saya doakan Allah melaknat pemimpin2 kerajaan yang tidak jujur & tidak amanah. Kalau Datuk bapa saya, awal2 saya malu mengaku anak Datuk. Kebahagiaan bukan terletak pada wang ringgit Datuk. Malaikat2 tak boleh dirasuah utk Datuk selamat dari azab kubur & hukuman Allah.
Kalau Datuk menyalahgunakan kuasa & makan rasuah untuk kepentingan yang sementara ini, dosa Datuk belum tentu terampun, sbb sekalian rakyat terseksa.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Tan Sr Khalid...

Counter attack yg menarik untuk UmNo..PRU13 Umno selangor akan dapat habuan yang cukup manis buat mereka.
Yang tinggal dalam UmNo kini..hanya JKKK yang akal fikiran mereka masih dalam tahun 1970.
dan yang lemah Iman..jenis nak dapat mentekedarah dan bela anak bini dia cari kut lubang UMNO...

Tan Sri giat lagi usaha...kami akan sokong.
"Kuasa Rakyat Kuasa Keramat"

Untuk Umno selangor...
"Big Mama didahulukan, kehendaknya diutamakan"

Tanpa Nama berkata...

UMNO bukan takat dok meludah sama sendiri..sekarang ni UMNO dah sampai tahap baling taik sama sendiri dah...
contoh..Puak Mahuyidin x setuju dengan Najib..pasal najib dok bela "Big Mama" sampai jadi buah Nangka...
Bila najib tukar kementerian ke PM..alih-alih baru kita tau najib beli jet x ada enjin.
Awat mat sabu bole ka p masuk kementerian ambik dokumen kerajaan, kalau mat sabu x bole ni kerja sapa...

Tanpa Nama berkata...

Banyak lagi ketidak telusan & salah guna kuasa menteri2 yang dicover baik punya... yang teraniaya RAKYAT ~ sia2 je bayar income tax, tol, cukai barang...
BN paling takut PKR menang PRU13 sbb harta luar negara tak terbilang byk ye, macam YB Muar tu, Ex wife tuntut banglo kat NY, kereta ferrari, Setiausaha Politik (30an) yang kena tangkap sbb wang tunai 2juta, ada peti besi dlm rumah, rumah banglo lg... ish itu baru pencacai, menteri2 mcm najib tu ape cite?
Sedar lah rakyat MALAYSIA... Kalau masih nak diperlakukan mcm tu pergilah sokong UMNO. Bila hak2 anak2 & cucu kalian dah hilang masa tu tak dapatla nak tolong... Macam Raja2 Melayu hilang kuasa, sasau sekejap.

Pewaris Negara