19 Disember 2011

Cina Terengganu terikat dengan BN

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa kaum Cina di Terengganu masih lagi terikat kepada Barisan Nasional (BN).


Menurutnya, keadaan itu boleh dilihat dalam pilihan raya umum lalu apabila hanya kaum Cina di Kelantan dan Terengganu yang masih menyandang harapan kepada parti kerajaan.

Beliau berkata, keadaan sebaliknya berlaku di negeri-negeri lain terutama di Pantai Barat apabila mereka menunjukkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam usaha mengubah landskap politik di negara ini.

“Kalau di negeri ini, contohnya di Dun Bandar yang ramai kaum Cina masih memberi sokongan kepada BN tetapi tidak di Pantai Barat dan juga di Pahang. Kaum Cina di kawasan tersebut lain dengan negeri ini dan Kelantan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, situasi politik di kalangan kaum Tionghoa sejak belakangan ini dilihat sedikit berubah apabila mereka mula memberi kepercayaan kepada PR.

Menurutnya, kaum itu yang sering mengikuti perkembangan ekonomi negara kecewa apabila pelbagai isu ekonomi dikaitkan dalam keadaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang.

“Sejak akhir-akhir ini pergerakan politik dalam kalangan kaum Cina sudah lain dan mereka amat prihatin terutama berhubung masalah ekonomi yang berlaku dalam negara.

“Lagipun, akhbar orang Cina lebih telus dan mereka dapat melihat perkembangan dalam negara dengan lebih baik berbanding orang Melayu yang masih terpengaruh dengan media kerajaan,” katanya.

Sinar Harian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK BETUL.PANTAI TIMUR DAN PANTAI BARAT SAMA SAJA.CALON BN MENANG SEBAB DIA ORG CINA.ORG CINA MESTI SOKONG ORG CINA LEBIH2 LAGI LWN CALON MELAYU.YG MENGHAIRANKAN ORG MELAYU MASIH TAK SEDAR2 LAGI.ADAKAH ORG MELAYU ADA PELUANG MENANG JIKA BERTANDING DI KAWASAN CINA.JANGAN HARAP!!!!!!!SEPATUTNYA KAWASAN MELAYU CALONNYA ADALAH MELAYU.KONGSI KUASA DGN CARA BAGI KERUSI BUKAN CARA YANG SIHAT.KITA BOLEH PILIH MEREKA SEBAGAI WAKIL YG DILANTIK DI PARLIMEN.BUKANNYA BAGI KERUSI.BERTINDAK SEGERA,MASIH BEKUM TERLAMBAT.