26 Muharram 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA
Rakyat seharusnya mencari jalan bagi mengambil semula hak mereka dan keluar dari pembohongan dan dakyah karut UMNO yang konon mahu membela hak serta kepentingan rakyat.
Siri-siri pendedahan yang telah dibuktikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat patut dijadikan buah penamat bagi hayat Umno yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan .
Tidak cukup pendedahan kondo mewah di Bangsar South, tanah lot di kawasan elit, gaji mencecah ratusan ribu CEO NFC, para pegawai NFC yang terdiri dari kalangan anak beranak DS Shahrizat Abdul Jalil, kini kondo mewah yang terletak di Singapura pula melengkapkan lagi episod kerakusan pemimpin BN merompak dan menjinjing wang rakyat secara terbuka.
Rakyat Malaysia perlu didedahkan mengenai berita ini walau dengan apa cara sekalipun.
Bukti ini juga tidak dapat dinafikan oleh para elit Umno BN, malah dengan lantang mereka menyelar tindakan tersebut dan menuntut Shahrizat meletakkan jawatan dari kabinet.
Tidak kurang masih ramai yang menjadi pengampu dan cuba melindungi segala penyelewengan yang terbentang jelas itu.
Lantaran terpacullah hujjah yang tidak logik dari mereka seperti semuanya fitnah dan unggapan “kami sememangnya layak” dan sebagainya, bukti sebegini jelas bahawa BN enggan menjaga nasib ratusan ribu rakyat yang memerlukan, apa yang penting, penipuan dapat diteruskan bagi mengumpu kekayaan yang bersifat gila-gila.
Perhimpunan UMNO 2011 baru-baru ini secara jelas telah menjadi medan para pemimpin dan pengampu parti Umno untuk memberi “cop sirim” kepada jenayah super mega mereka supaya rakyat yang kurang cerdik terus memberi sokongan pada PRU 13 nanti.
Pendedahan NFC, beg tangan serta cincin rosmah, penyalahgunaan dana awam oleh BN dan tindakan bacul membisu para pemimpin BN terhadap isu kritikal dalam negara seharusnya menjadi titik noktah muktamad terhadap survival politik Umno BN menjelang PRU 13 nanti.
Rakyat perlu menggunakan segenap tenaga untuk memastikan hak serta kebajikan diperoleh semula dari dirampas oleh penguasa yang tamak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan