26 Muharram 1433H. [MOD] -
JOHOR BAHRU – “Pada mulanya saya menyangka jeritan ibu yang mengatakan kedai di bawah terbakar hanyalah satu mimpi, namun bau asap kuat dan keadaan panas membuatkan saya tersedar daripada tidur dan terkejut apabila mendapati kebakaran itu benar-benar berlaku.
“Walaupun seperti tidak percaya, saya bingkas bangun untuk menyelamatkan diri dan keluarga daripada menjadi mangsa kebakaran,” kata Teh Kim Ton, 37, selepas terselamat dalam kebakaran rumah kedai milik keluarganya di Taman Perumahan Rakyat, Lima Kedai, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Kim Ton tidur seorang diri di dalam biliknya manakala adik dan ibu bapanya juga sedang tidur sebelum ibunya bangun untuk turun ke bawah selepas terhidu bau asap kuat.
Menurutnya, sebaik saja mereka turun, dia mendapati api di bahagian kedai di bawah sudah marak selain asap tebal yang menyukarkan usaha dia dan keluarganya untuk keluar menyelamatkan diri.
“Memang kami panik pada ketika itu, keadaan api dan asap membuatkan kami tidak boleh bernafas dan sukar keluar.
“Namun, selepas beberapa minit berusaha, akhirnya kami berempat selamat keluar daripada kebakaran itu dan beberapa minit selepas itu, pasukan bomba datang untuk memadamkan api kebakaran,” katanya.
Kim Ton berkata, walaupun sedih di atas kejadian terbabit, dia tetap bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan terselamat.
“Kami kerugian hampir RM500,000 selepas kedai runcit dan kedai telefon bimbit di bahagian bawah hangus terbakar namun nasib menyebelahi kami kerana rumah di bahagian atas tidak terjejas teruk.
“Sehingga kini, kami masih tidak mengetahui punca kebakaran terjadi tetapi besar kemungkinan disebabkan litar pintas di kedai runcit,” katanya,
Sementara itu, Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Taman Universiti, Aminah Saimin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.29 pagi dan tiga jentera bersama 17 anggota berkejar ke tempat kejadian.
“Kebakaran yang membabitkan tiga pintu kedai runcit serta dua motosikal itu berjaya dikawal pada jam 4.30 pagi manakala api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.06 pagi.
“Kerugian kesemuanya dianggarkan dalam RM750,000 dan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan