22 Disember 2011

5 tentera Poland terbunuh di Afghanistan

26 Muharram 1433H. [MOD] -

GHAZNI 22 Dis. – Seramai lima anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) warga Poland semalam terbunuh apabila sebutir bom yang diletakkan di tepi jalan meletup di timur Afghanistan.

Poland menempatkan 2,600 anggota tentera di Afghanistan dan menjadi penyumbang terbesar kepada Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF).

Dalam pada itu di Kabul, ISAF mengesahkan kejadian tersebut namun enggan mengulas lanjut. – AFP

Tiada ulasan: