26 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 22 Dis: Srikandi KEADILAN mengecam kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatannya dan bersara dari politik.
Ketua Srikandi, Siti Aisyah Sheikh Ismail berkata, Anwar kini menjadi beban kepada Umno, ekoran pendedahan berterusan terhadap salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan parti itu.
“Srikandi menegaskan Dato seri Anwar bukan bebanan kepada Pakatan Rakyat mahupun Keadilan tetapi beliau merupakan bebanan kepada pemimpin Umno yang saban hari tidak dapat bertahan dengan asakan dan pendedahan yang dibuat oleh ketua umum itu terhadap Umno,” kata Aishah dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rosnah, disiarkan Utusan Malaysia semalam yang meminta Anwar bersara daripada politik kerana kononnya hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
Menurut Aisyah, ketika Pakatan Rakyat membicarakan soal lebih besar seperti rasuah dan salahgunakuasa, Rosnah pula lebih gemar menyerang ketua pembangkang itu.
“Di mana sikap kepedulian puteri Umno yang kononnya mengangkat rakyat sebagai asas perjuangan mereka tetapi lebih suka bicara soal individu dari senario sebenar politik negara,” ujarnya.
Sebaliknya, katanya, Puteri Umno mendiamkan diri terhadap pelbagai penyelewengan dan salahgunakuasa termasuk membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).
“Salah laku kes penyelewengan NFC jelas menunjukkan penglibatan pemimpin utama Umno, namun sehingga sekarang ketua puteri Umno itu dilihat terus membisu,” kata beliau.
Keadilan Daily

1 ulasan:
bertaubatlah wahai org umno sebelum terlambat
Catat Ulasan