26 Muharram 1433H. [MOD] -
MIRI – Hampir semua kawasan dalam pusat Bandaraya Miri telah dipasang dengan pagar keluli dengan jumlah yang agak banyak.
Jumlah kos pembinaan pagar keluli tahan karat yang dipasang sepanjang jalan North Yu Seng, Jalan South Yu Seng, Jalan Sylia dan jalan Kingsway di bandaraya Miri berjumlah RM 427,215.00 menurut Menteri kerajaan Tempatan dan pembangunan komuniti dalam jawaban lisannya kepada YB Piasau semasa dalam dewan negeri baru-baru ini.
Apa yang menjadi persoalan adalah kos serta keperluan pagar keluli tersebut dipasang dalam bandaraya Miri.
Projek yang dibiaya oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) dibawah program bandar yang selamat tersebut tidak memberi sebarang makna kepada penduduk di Miri.
Pagar keluli tahan karat tersebut nampak cantik dan mahal dan apa pula kaitannya dengan keselamatan penduduk di bandaraya Miri?
Pagar keluli ini dipasang di kawasan-kawasan yang sering berlaku jenayah dan tujuannya untuk memerangi jenayah jalanan seperti yang disyorkan oleh pihak polis.
Adakah pagar keluli tersebut dapat menghalang aktiviti penjenayah dan menyukarkan pengerakan mereka dengan adanya pagar keluli tersebut? Kita minta pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan kepada penduduk Miri apa gunanya pagar keluli tersebut di pasang di bandaraya Miri.
Apa kesan jangka panjang dan juga keperluan pagar tersebut di pasang di tempat tertentu? Adakah ianya boleh mengurang kes jenayah atau mengurang aktiviti jenayah di bandaraya Miri dengan adanya pagar keluli tersebut?
Persoalan ini perlu dijawab oleh pihak yang berkenaan agar penduduk bandaraya Miri dapat menafaat dengan adanya pagar keluli tersebut.
Gunakan peruntukkan yang disalurkan untuk kepentingan rakyat dan kepada mereka yang sangat memerlukannya bukan hanya membazir wang pembayar cukai tanpa sebarang faedah.
Kita menyokong penuh sebarang usaha dari pihak berkuasa memerangi sebarang bentuk jenayah tapi jangan sampai membazir wang rakyat.
Carilah cara yang terbaik untuk memerangi jenayah bukan dengan membazir wang pembayar cukai. Laksanakan tugas dengan amanah dan adil kepada semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri

Tiada ulasan:
Catat Ulasan