26 Muharram 1433H. [MOD] -
PETALING JAYA 22 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak merunding semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ini kerana katanya, dasar itu merugikan majoriti kakitangan awam, selain tidak melakukan rundingan terpeinci dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
“Kita desak Perdana Menteri runding semula dasar ini dan beri tempoh lebih lama kepada Cuepacs untuk membincangkannya,” kata Tian Chua selepas mesyuarat Sekretariat Pakatan Pakyat di Petaling Jaya hari ini.
Turut serta, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Tian Chua, 75 peratus golongan berpendapatan rendah dalam sektor awam hanya diberi kenaikan gaji 5 hingga 7 peratus berbanding kakitangan berpangkat Turus sebanyak 500 peratus dan Jusa 100 peratus.
Sementara itu, Abdullah Sani menempelak kenyataan Najib yang mengatakan SBPA akan ditangguh sementara waktu dari tarikh ia dikuatkuasakan 1 Januari ini.
“Sebab itu kita minta dasar ini dirunding semula sebab kalau tangguh, maknanya Najib memang ada hasrat untuk tetap melaksanakannya,” katanya merujuk kepada pindaan Akta Kerja yang dilulus pentadbiran Najib baru-baru ini walau dibantah Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC).
Izzah pula menegaskan, SBPA menganak tirikan kakitangan awam seperti anggota Polis dan Tentera.
“Kita akan menggerakan jentera bagi memastikan golongan ini mendapat maklumat sebenar mengenainya,’” tegasnya.
Bagi Dr Dzul, SBPA dilaksana tergesa-gesa kerana Cuepacs hanya diberi dua minggu untuk meneliti skim itu, selain kakitangan awam semacam diugut apabila akhirnya dipaksa menandatangani skim itu.
“Kita akan perincikan tawaran Pakatan Rakyat kepada kakitangan awam pada konvensyen yang berlangsung di Alor Setar, Kedah 14 januari depan,” katanya.
Ketika ini, 75 peratus dari 1.6 juta kakitangan awam berpangkat rendah manakala selebihnya berjawatan tinggi.
Keadilan Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan