22 Disember 2011

SPRM tubuh pasukan khas siasat NFC

26 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi memberi penumpuan terhadap isu National Feedlot Centre (NFC).

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan yang diketuai oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali telah dibentuk dan tindakan mengumpul bukti dan keterangan telah bermula sejak isu tersebut dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010.

SPRM berkata, mereka memandang serius terhadap semua aduan yang dibuat dan akan mengambil tindakan tegas tanpa gentar dan pilih kasih.

"Sebahagian besar dari isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru ini telah pun diambil tindakan sewajarnya. Bagaimanapun, SPRM tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 29 [4] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Semua pihak diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya dengan tidak mempolitikan isu ini sehingga menimbulkan spekulasi yang boleh menjejaskan tindakan SPRM," katanya.

Sinar Harian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lawak!!! SPRM tubuh pasokan khas nak pincangkan bokti..... Kaedah yang ada sekarang tak ada kuasa nak jalankan siasatan kah?