26 Muharram 1433H. [MOD] -
IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menjual lambang kereta palsu untuk mendapatkan wang berjaya ditahan di sebuah kedai kopi, dekat sini, 28 November lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki berusia 49 tahun itu juga mendakwa akan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Perak bulan ini, ditahan selepas memperdaya dua orang awam.
Menurutnya, suspek menawarkan kepada mangsa lambang kereta dari Persatuan Bekas Polis (Sejati VIP Members) dengan harga RM6,000.
“Dengan adanya lambang tersebut, seseorang itu boleh keluar dan masuk mana-mana balai polis tanpa apa-apa halangan dan boleh dikecualikan dari saman had laju oleh polis.
“Selain lambang Koperasi Bekas Polis NK Berhad, pihak kami turut merampas satu kad kuasa Pasukan Tindakan Cemas Malaysia atas nama suspek dengan pangkat Superintendan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejbat Polis Kontinjen di sini, semalam.
Mohd Shukri berkata, lelaki itu mempunyai lima rekod kesalahan curi, tipu dan pecah amanah jenayah.
“Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan tipu dengan menyamar di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
“Suspek minta kes dibicarakan dan diberi jamin sejumlah RM6,500 untuk kesemua pertuduhan pada 5 Disember lalu. Mangsa lain yang pernah terpedaya dengan taktik demikian dinasihatkan tampil ke hadapan,” katanya.
Dalam kes berlainan, Mohd Shukri berkata, polis menahan seorang lelaki yang memperdaya mangsa dengan menggunakan nama menteri besar bagi mendapatkan wang pada 15 Disember lalu.
Katanya, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan ketika ingin melarikan diri ke Thailand melalui kawalan Jabatan Imigresen di Padang Besar, Perlis.
“Suspek mendakwa mempunyai hubungan baik dengan menteri besar berupaya boleh mendapat tender, tanah atau balak dengan mengeluarkan surat palsu. Kali ini melibatkan cek bernilai RM60,000.
“Sehingga kini ada enam kes penipuan menggunakan nama Menteri Besar. Bagaimanapun, orang ramai dinasihati jangan mudah terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan tanah dan sebagainya,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan