26 Muharram 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Selangor mengalu-alukan peniaga buah-buahan tempatan seluruh negara supaya menjual produk pertanian mereka di pasar tani di negeri ini.
Pengarahnya, Mansor Omar berkata, pelawaan itu dibuat bagi membantu usahawan terutama pekebun dan peniaga buah-buahan tempatan khususnya jenis bermusim untuk memasarkan produk mereka.
Menurutnya, mereka yang berminat boleh membuat permohonan kepada Fama dan pihaknya akan memberi tapak kepada individu terlibat untuk berniaga di sekitar 60 pasar tani di Selangor dan Kuala Lumpur.
“Sebagai agensi pemasaran, kami sedia membantu pekebun dan pengeluar buah-buahan tempatan antaranya durian serta rambutan dari luar Selangor seperti Perak dan Pahang untuk memasarkan produk mereka sendiri di pasar tani yang dibuka setiap hari.
“Setakat ini, kita ada lima peniaga yang jadi ejen mengumpul buah-buahan tempatan dari seluruh negara untuk dijual di pasar tani. Selain itu, Fama dari pelbagai negeri juga berniaga di sini,” katanya selepas Majlis Promosi Buah-buahan Tempatan Fama di Kelab Shah Alam, semalam.
Mansor berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) supaya membenarkan mereka berniaga di kawasan terpilih antaranya di Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.
“Kita jangkakan 10 peniaga akan sertai terutama mereka yang masih tiada tapak perniagaan lagi,” katanya.
Berhubung majlis promosi itu, Mansor berkata, ia dijalankan untuk mempromosikan buah-buahan tempatan terutama nanas, durian dan rambutan kepada pengunjung di sini.
“Kita hendak perkenalkan nanas jenis Selangor Sweet kepada umum kerana buah jenis ini hanya terdapat di Selangor dan manis rasanya, selain teksturnya yang lembut. Nanas jenis ini juga mendapat permintaan tinggi di pasaran,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan