19 Januari 2012

Istana Negara Lama Bakal Dijadikan Pusat Mice - Dr Ng

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bangunan Istana Negara lama di sini bakal dijadikan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE), kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, cadangan itu dipersetujui oleh jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada Rabu.

"Kita akan menjemput wakil dari MICE untuk mengkaji pelaksanaan berkenaan dengan menggunakan ruang makan dan dewan sedia ada supaya kos penyelenggaraan dapat diminimumkan.

"Sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) juga akan dilantik bagi menilai serta mengkaji cadangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesatria 1Malaysia di sini, malam Rabu.

Dr Ng berkata, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri DrRais Yatim sebelum ini, juga ada membangkitkan mengenai cadangan mengguna semula istana tersebut untuk menjaga sejarah negara.

Sehubungan itu katanya, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaanjuga akan mengkaji untuk mewujudkan galeri serta muzium bagi menarik kedatanganpelancong.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan juga bersetuju untuk menempatkan semula pengawal keselamatan berkuda di pintu utama istana tersebut bagi menarik semula kehadiran pelancong yang gemar mengambil gambar di pintu utama istana.

"Pengawal keselamatan berkuda sudah menjadi tanda perdagangan serta ada sejarah yang mesti kita kekalkan bagi menarik pengunjung berikutan sebelum ini daya tarikan itu mampu menggalakkan kunjungan kira-kira sejuta pelancong," katanya. "Ini bakal menjadi produk pelancongan baru kepada negara yang bakal menarik minat pelancong untuk datang melawat negara kita serta mendalami sejarah raja-raja Melayu," kata Dr Ng.

Pada majlis tersebut seramai 17 Kesatria daripada pelbagai bidang seperti sains dan perubatan, minyak dan gas, teknologi maklumat dan elektronik serta penyelidikan dan inovasi telah dilantik bagi mempromosikan faedah menganjur persidangan antarabangsa di Malaysia kepada rakan industri mereka. - BERNAMA NMA AKT BK

Tiada ulasan: