25 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Polis akan mendapatkan bantuan daripada pakar bahan letupan pyrotechnic, tentera termasuk syarikat-syarikat yang arif tentang bunga api, bagi membantu siasatan berhubung letupan yang berlaku di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pendekatan itu diambil berikutan kurang maklumat positif diterima daripada orang ramai berhubung insiden yang berlaku.
Menurutnya, polis kini dalam proses untuk menghubungi semua pihak terbabit.
“Kita sudah kenalpasti dua, tiga syarikat yang kerap buat pertunjukan bunga api dan berharap mereka dapat bantu kita mengumpul maklumat berhubung bahan-bahan komponen yang dirampas dalam insiden baru-baru ini.
“Kita akan dapatkan semua pihak yang pakar dalam bidang ini agar individu yang melakukan perbuatan itu dapat ditangkap segera,” katanya pada selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Mengulas berhubung individu yang tampil menyalurkan maklumat, Mohmad berkata, pihaknya ada menerima maklum balas daripada orang awam, tetapi kebanyakannya kurang membantu.
“Ada maklumat yang masuk dan kita sedang meneliti serta mengkaji sejauh mana maklumat itu boleh diguna pakai dalam siasatan ini,” katanya.
Menurutnya, polis berharap orang awam dapat tampil membantu polis dengan menyalurkan maklumat yang lebih positif.
Katanya, setakat ini, masih tiada peniaga yang mungkin menjual jam penggera, paip polikarbonat dan bateri yang dirampas polis dalam kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Mohmad berkata, laporan kimia berhubung siasatan bahan letupan dikenal pasti sebagai jerangkap rekaan elektrik itu juga, masih belum diperoleh dan pihaknya sudah meminta agar proses laporan itu dipercepatkan bagi meneruskan siasatan.
Dalam perkembangan lain, seramai 740 pegawai, anggota dan pegawai awam di Kontinjen Kuala Lumpur menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, semalam.
Pada majlis sama, seramai 13 pegawai kanan berpangkat Inspektor Percubaan turut disahkan jawatan.
Sinar Harian

1 ulasan:
Ish...ish kesiannya kat polis. Sampai laa xjumpa lagi jerangkap kecil rekaan bukan pakar. Mana p habis kepakaran polis yang dulunya terkenal, terhebat antara paling terror setanding dengan interpol.
Mana tak lembap dan dok pulun buat kerja politik, arahan politikus yang menikus. Polis2 kena bangun, bangkit berjuang bukan kerana takut turun pangkat ka atau takut kena tukaq. Ingat!! Tuan2 pakai uniform bukan 5 tahun sekali tapi sepanjang perkhidmatan demi keselamatan rakyat. Kembali merenung anak2 tuan2 yang semakin hari semakin jahat.
Peduli apa kalau tak ikut arahan bodo menghabiskan masa dengan sekatan jalan raya. Tak malu ka kat anak cucu beribu2 polis keluaq berhimpun bertugas hanya kerana Anwar Ibrahim. Penjenayah kah dia???
Banyak lagi kes2 yang terbantut hanya kerana mereka takut sangat kat Anwar Ibrahim.
Tidak timbulkah kesederan di hati para polis khasnya dan seluruh kakitangan kerajaan sekelian betapa kuatnya pengaruh Anwar dengan rakyat jelata. Jelas terpampang kasih sayang rakyat dan Anwar Ibrahim terlalu dekat dihati rakyat.
Alih2 bom buatan bukan pakar pun sampai laa tak jumpa dalangnya lagi.
Siapakah yang berkawal begitu rapi. Kenapa ruang membolosi nak letak bom. Polis dok buat apa sebenarnya dalam hidup mereka.
Ingatlah sama what we give we get back.
Catat Ulasan