25 Safar 1433H. [MOD] -
BAGAN SERAI – Kesal dengan kecuaian dilakukan seorang pegawai perubatan, seorang bapa di sini mahu pegawai yang melakukan pembedahan terhadap isterinya ketika melahirkan anak bertanggungjawab ke atas kecederaan pada paha kiri bayinya.
Bapa, Mohd Baki Hasan, 37, berkata, pegawai berkenaan sudah membuat pengakuan mengenai kecuaiannya iaitu menarik keluar bayi berkenaan sehingga mengakibatkan paha kiri anaknya patah.
Menurutnya, anaknya memerlukan tempoh lebih kurang tiga bulan untuk sembuh dan bayi itu mungkin mengalami kecacatan seumur hidup.
“Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu 13 Januari 2012 apabila isteri saya dikatakan mengandungkan anak dalam keadaan songsang dan perlu dibedah sekitar jam 10.55 pagi di salah sebuah pusat perubatan, di sini.
“Isteri saya berkata, sewaktu pembedahan dijalankan bayi saya didapati mengeluarkan kaki terlebih dan mendakwa pegawai berkenaan bertindak menarik keluar anak saya dengan agak kasar,” katanya yang membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Bagan Serai untuk siasatan lanjut.
Mohd Baki berkata, dia mendapati paha kiri anaknya patah selepas ujian x-ray dilakukan ke atas bayi itu.
Jelasnya, walaupun pihak berkenaan sudah memohon maaf namun, dia tidak sanggup melihat penderitaan bayinya dan mahu mereka menguruskan anaknya sehingga sembuh sepenuhnya.
“Saya berharap pegawai berkenaan bertanggungjawab di atas perbuatannya itu dengan menanggung semua kos pembedahan termasuk kos perjalanan saya untuk berulang-alik ke pusat perubatan berkenaan.
“Untuk menanggung sendiri kos pembedahan, perubatan dan perjalanan, saya tidak mampu kerana saya bukan orang senang,” katanya.
Dia turut berharap perkara kecuaian seumpama ini tidak berlaku lagi kepada orang lain kerana akan menjejaskan kredibiliti pusat perubatan berkenaan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan