25 Safar 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Akibat membuat dokumen dan tuntu-tan palsu, seorang pegawai polis dijatuhkan hukum penjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Mat Ghani Abdullah membebaskan Asisten Superintenden Polis, Shamsudin Sirat, 56, dengan syarat dia perlu berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.
Mat Ghani dalam alasan penghakimannya berkata, kesalahan dilakukan tidak terlalu serius berbanding dengan kesalahan lain.
“Ini kerana Shamsudin menggunakan wang miliknya untuk menjalankan kerja pembaikan, sebelum membuat tuntutan dengan dokumen palsu,” katanya.
Shamsudin didapati bersalah atas dua tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, iaitu sebut harga bagi syarikat Deng Engineering Trading masing-masing bertarikh 7 Januari dan 14 Februari 2005.
Dua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Kewangan Logistik Bekalan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, Seskyen 15, di sini antara awal Februari dan 14 Mac 2005.
Dia juga bersalah sebagai ejen kerajaan kerana telah memperdayakan prinsipalnya iaitu pesanan dan invois syarikat Deng bertarikh 14 Mac 2005 bagi membuat tuntutan.
Pendakwaan dikendalikan, Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar dan peguam Feisal Mustapa mewakili Shamsudin.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan