KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 56 tahun yang juga nenek kepada dua orang cucu didapati turut membawa cucu-cucunya itu menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901' di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.
Seorang cucunya berusia 10 tahun manakala seorang lagi berusia tiga tahun.
Ketika ditanya mengapa dia mengheret kedua-dua orang cucunya yang masih kecil itu ke tempat perbicaraan kes liwat yang kedua yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia menjawab kerana terpaksa memandangkan ibu bapa mereka bekerja.
"Mak cik datang ke sini bagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar. Saya memandu sendiri untuk datang ke sini tapi terpaksa bawa dua-dua cucu ni sebab tak ada siapa nak jaga mereka di rumah," katanya yang enggan namanya disiarkan.
"Saya yakin tidak akan ditangkap kerana perhimpunan ini dibenarkan polis," katanya lagi.
Kawasan parkir kompleks Mahkamah Tinggi di sini mula dibanjiri ribuan penyokong Anwar seawal pukul 5.00 pagi lagi.
mStar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan