09 Januari 2012

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (15) :Apakah DSAI akan ditangkap semula ketika keluar dari mahkamah ?

15 Safar 1433H. [MOD] -

Apakah ada muslihatnya? Apakah DSAI akan ditangkap ketika keluar dari mahkamah atas tuduhan yg lebih ganjil lagi dari tuduhan yg ada ? Kita tunggu sebentar lagi.

Kami mendoakan semuga Allah melindungi DSAI dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dari fitnah dan mehnah dan mempermudahkan perjalanan PR ke Putrajaya.

Semuga andaian dia tas tidak akan berlaku dan dijauhkan oleh Allah SWT.

Berikutnya kita akan menunggu kenyataan awal dari PM dan pemimpin UMNO mengenai keputusan tersebut.

Pembebasan Anwar oleh mahkamah membuktikan bahawa memang terdapat konsiprasi memenjarakan beliau oleh rejim Najib. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan. Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Sebelum itu, Hakim memulakan persidangan pada kira-kira jam 9.20am dengan mengambil tempatnya.


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu. Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA. - agensi

1 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Jangan bimbang tindakan ditangkap semula, semua itu tidak akan berlaku kerana tindakan menangkap semula itu akan menenggelamkan langsung BN dari pesada Malaysia. Selamatkan Malaysia, majukan ekonomi dan tinggikan Islam.