SEPANG 9 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Afrika Selatan atas undangan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.
Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 2.40 petang.
Najib adalah antara 46 pemimpin negara yang berhimpun di Bloemfontein, kira-kira lima jam perjalanan dari Johannesburg, pada Ahad, bagi menyaksikan sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah Afrika Selatan, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).
Kehadiran Perdana Menteri pada sambutan itu melambangkan sokongan Malaysia kepada ANC yang berjuang ke arah pembebasan Afrika Selatan daripada dasar aparteid, yang dicapai pada 1994.
Turut sama menyambut kepulangan Najib di lapangan di sini ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. — BERNAMA
1 ulasan:
Menteri2 yang tak laku je yang nak sambut Najib balik. Yang tak hadir tu pasti malu berpayung bawah orang takut bini.
Sudah2lah dok jadi pak yet najib. Bersihkan hati dan perbetulkan peribadi. Luruskan niat untuk ikhlas berbakti demi ibu pertiwi.
Tak malu ka tuan2 tengok perangai juak2 UMNO yang kuat gebang macam tin kosong.Sekali2 dengar macam suara lembu2 dok meeting dalam kondo. Dok mabuk ayaq kencing lembu.Dok bincang pasai subsidi nak bagi makan lembu, cara2 nak bela lembu jangan bagi redah pagaq. Pendek kata dari lembu, untuk lembu dan demi lembu.
Sampaikan Najib naik bas pun orang meluat, lembu naik flight kaluuu...rosmah nampak hebat.
Nak P arab depa malu ketika media tgh paneh miang, nak p eropah pun seriau, nak p cina lagila depa gerun, alih2 pakat p la tempat kulit hitam, kurang2 lembu 1M nampak putihlah sikit.
Ambik modai TT, KAH KAH KAH KAH KAH....
Catat Ulasan