15 Safar 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Seorang sub kontraktor ditemui mati dalam keadaan terlentang di luar sebuah kereta dipercayai membunuh diri di tepi jalan berhampiran Tanah Perkuburan Cina Bukit Setongkol, lewat petang kelmarin.
Mangsa, Liew Siew Kong, 46, dari Indera Mahkota dipercayai bertindak mengelar pergelangan tangannya berdasarkan empat kesan torehan di bahagian itu ketika mayatnya ditemui.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berkata, mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 petang, sebelum keja-dian dimaklumkan kepada pihak polis.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, pihaknya segera ke lokasi dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia di luar sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah miliknya.
“Ketika ditemui polis tidak menemui sebarang nota atau petunjuk sebab lelaki itu membunuh diri, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akibat masalah kehidupan,” katanya semalam.
Kamaruzzaman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.
“Kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat cubaan membunuh diri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya.
Tiga kes kematian akibat bunuh diri membabitkan lelaki Cina dilaporkan berlaku di daerah ini dalam tempoh lima hari sejak 3 hingga 7 Januari lalu.
Dalam kejadian 3 Januari lalu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditemui mati dipercayai membunuh diri dalam kereta jenis Proton Iswara miliknya yang diletakkan di tepi jalan Kuantan - Gebeng, dekat sini kira-kira jam 9 pagi.
Selang dua hari kemudian, seorang pemuda Kok Kah Leong, 28, dari Taman Pandan Perdana, Kuala Lumpur ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan menyedut gas helium (gas belon) dalam sebuah resort di Beserah.
Mangsa sempat meninggalkan nota kepada keluarga meminta supaya mayatnya dibakar bersama gitar kesayangan manakala abunya ditabur ke laut di Pantai Timur.
Anggota polis memeriksa mayat mangsa yang ditemui terlentang di luar keretanya dipercayai akibat bunuh diri, petang kelmarin.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan