09 Januari 2012

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (16) : Gambar lautan manusia.

15 Safar 1433H. [MOD] -

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan dan mengggembirakan semua pihak dengan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah

surau al-falah pandan jaya berkata...

Ada dua Alhamdulillah lagi yang perlu diucapkan.

tokAli berkata...

Yang benar akan terbukti yang salah akan mengerti...TAKBIR!!!