15 Safar 1433H. [MOD] -
Isu penduduk asal yang tidak memiliki kad pengenalan dan sijil atau surat beranak sepatutnya tidak berlaku lagi dalam negara Malaysia tetapi ini masih lagi berlaku dalam Sarawak.
Ramai penduduk yang tinggal di pendalaman Sarawak mengadu mereka masih belum lagi diberi kad pengenalan disebabkan mereka tidak memiliki dokumen seperti surat beranak yang disahkan oleh penghulu atau ketua kampung tempat kelahiran mereka.
Apabila mereka mengadu kepada wakil rakyat, pemohonan mereka ditolak disebabkan wakil rakyat tidak mempunyai kuasa untuk memberi bantuan bagi mendapatkan surat beranak dan juga kad pengenalan.
Masalah ini timbul apabila mereka datang ingin memohon bantuan kerajaan untuk mendapatkan BR1M (Borang Rakyat 1 Malaysia) dan apabila anak mereka ingin melanjutkan pelajaran dan juga apabila isteri mereka hendak bersalin di hospital kerajaan.
Kita amat simpati akan nasib yang menimpa penduduk asal yang tidak memiliki dokumen seperti surat beranak dan kad pengenalan ini. Mereka ini akan terus terpinggir kerana tidak diberi layanan yang sepatutnya sebagai rakyat Malaysia.
Bukannya dengan memberi alasan Sarawak ini sangat luas dan penduduknya tinggal berselerak di merata tempat maka sukar untuk memberi mereka sijil atau surat beranak dan juga kad pengenalan.
Jika itu alasannya maka kerajaan Sarawak sepatutnya membina lebih banyak lagi jalan perhubungan dan juga memberi kemudahan asas serta infrastrutur di pendalaman Sarawak. Tidak dinafikan memang ada juga jalan penghubungan yang dibina tetapi tidak memadai kalau sekadar ditempat-tempat tertentu saja.
Kerajaan Sarawak perlu segera mencari jalan serta membantu menyelesaikan masalah penduduk asal yang tidak memiliki dokumen surat beranak dan kad pengenalan ini kerana perkara ini sudah lama berlaku sejak zaman penjajah British lagi.
Pihak kerajaan Sarawak dengan kerjasama JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kena turun ke kampung-kampung di pendalaman dan memberi penerangan serta kelonggaran untuk penduduk yang belum berdaftar kelahiran mereka.
Disebabkan jalan perhubungan di Sarawak masih lagi teruk dan sukar untuk penduduk di pendalaman keluar mendaftar kelahiran anak mereka maka tugas ini perlu dilakukan oleh pihak JPN dengan kerjasama kerajaan Sarawak.
Jangan biarkan mereka seperti pendatang asing tanpa izin sedangkan datuk nenek moyang mereka sudah lama menetap di Sarawak sebelum kedatangan penjajah lagi.
Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan Sarawak demi menjaga kepentingan dan tanah penduduk asal dari dicerobohi oleh pendatang asing yang mengambil hak peribumi Sarawak dengan sewenang-wenangnya.
Harap perkara ini dapat diatasi dengan segera demi menjaga kebajikan penduduk asal Sarawak tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik. PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa memberi kerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan semua rakyat.
Jofri Jaraiee
PAS Miri

Tiada ulasan:
Catat Ulasan