09 Januari 2012

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (19) : Kereta Exco Selangor dan sebuah kereta kancil dibom ?

15 Safar 1433H. [MOD] -

Satu kejadian yang tidak diingini berlaku di perkarangan mahkamah apabila kereta Exco Selangor Elizebeth Wong dan sebuah kereta kancil dibom. Kereta Elizeberth hanya rosak di bahagian bumper bawah dan serpihannya mercik sejauh beberapa meter, demikian menurut saksi mata. Katanya bom itu diletak di bawah kon manakala kereta berkenaan diparking di luar perkarangan mahkamah.

Kejadian ini menandakan bahawa dalam himpunan itu ada anasir jahat yang cuba mengeruhkan suasana. Polis perlu menyiasat ke akar umbi dan mengejar anasir jahat ini hingga ke lubang cacing.

Kejadian ini mustahil dilakukan oleh penyokong Anwar apa lagi penyokong Hasan Akidah. Kejadian itu menyebabkan orang boleh mengagak ia ada kaitan dengan kumpulan pelampau Melayu yang kecewa dengan keputusan hakim membebaskan Anwar sekejap tadi. - sumber MSO

Tiada ulasan: