09 Januari 2012

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (6) : Lambaian Anwar, arah himpun dengan aman.,

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua penyokongnya agar memastikan perhimpunan hari ini berjalan dengan aman sebelum, semasa dan selepas hukuman dijatuhkan ke atas beliau.

Arahan ini dikeluarkan Anwar kepada penyokongnya semasa beliau memberikan ucapan ringkas sebelum memasuki mahkamah untuk mendengar keputusan ke atasnya.

Anwar yang tiba ke perkarangan mahkamah kira-kiran jam 8.22 pagi disambut oleh para penyokongnya dengan laungan reformasi dan takbir.

Turut bersama beliau adalah isteri serta anak-anaknya.

Selain Anwar, yang telah berada di mahkamah adalah para pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar antara pimpinan utama PAS yang awal tiba di mahkamah. Sebelum itu, AJK PAS, Datuk Seri Nizar sudah sampai.

Nizar sempat menyampaikan ucapan di tempat berhimpun iaitu di tempat letak kereta mahkamah.

Padang letak kereta Mahkamah Jalan Duta mula dipenuhi oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula berkumpul di situ sejak jam 6.15 pagi sebaik sahaja selesai solat subuh.

Sebelum itu, mereka memenuhi Masjid Wilayah Persekutuan untuk sembahyang Subuh sebelum bertolak ke perkarangan mahkamah tinggi jalan Duta.

Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 4 pagi.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: